Isnin, 8 Ogos 2011

Ambiga: SPR akan buat perubahaan jika ditekan

Kuek Ser Kuang Keng


Selepas mendapat sokongan meluas daripada ribuan rakyat pelbagai lapisan masyarakat pada perhimpunan 9 Julai lalu, BERSIH 2.0 meneruskan tekanan ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi melakukan pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara.

Namun, pada dua perdebatan di antara pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dengan timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar baru-baru ini, tidak menunjukkan ada tanda-tanda SPR mempunyai komitmen bagi mengusahakan sebarang pembaharuan atas alasan suruhanjaya itu tidak mempunyai kuasa perundangan bagi berbuat demikian.

bersih rally july 9 crowd face-off with police 1Justeru, ramai penyokong BERSIH 2.0 mencadangkan supaya gabungan itu memindahkan fokus mereka kepada kerajaan BN yang memiliki kuasa majoriti di Parlimen bagi meminda undang-undang sebelum pembaharuan boleh dijalankan.

Bagaimanapun, dalam satu wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu, Ambiga berkata beliau masih menaruh harapan pada suruhanjaya berkenaan bagi melakukan pembaharuan.

“Saya masih menaruh harapan. Saya masih berharap perkara akan berubah,” katanya dengan nada tegas.

NONEBekas presiden Majlis Peguam itu berkata perlembagaan persekutuan meletakkan pesuruhjaya pilihan raya pada kedudukan yang setaraf dengan hakim mahkamah persekutuan, justeru meninggalkan SPR daripada menuntut pembaharuan adalah satu kesilapan.

“Saya fikir kita mungkin perlu berunding dengan kedua-dua mereka (SPR dan parti pemerintah). SPR mungkin berpendapat mereka tidak mempunyai kuasa, kita tidak bersetuju, kadang-kadang ini adalah persoalan menyerahkan kuasa dan kita mesti terus memujuk mereka bahawa hakikatnya mereka mempunyai lebih banyak kuasa daripada yang mereka sedari.

azlan“Pada pandangan saya, mereka badan yang bertanggungjawab. Memindahkan fokus daripada mereka adalah satu kesilapan kerana anda akan menghantar mesej bahawa mereka tidak bertanggungjawab terhadap perjalanan pilihan raya di negara ini dan ini saya kurang bersetuju.

“Saya fikir mereka bertanggungjawab sepenuhnya dan banyak perkara yang boleh mereka lakukan dan saya fikir jika mereka mengambil pendirian tidak memihak kerajaan, mereka terpaksa lakukannya kerana mereka badan yang bebas dan sepatutnya berbuat demikian,” kata Ambiga.

Tiada ulasan: