Sabtu, 6 Ogos 2011

Anuar dilantik pemangku Naib Canselor Unisel

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden (Akademik) Univesiti Selangor (Unisel) Prof Dr Anuar Ahmad dilantik sebagai pemangku Naib Canselor pusat pengajian tinggi itu bagi menggantikan Datuk Dr Rosti Saruwono yang meletakkkan jawatan dalam 24 jam Selasa lalu.

Pelantikan Anuar berkuat kuasa mulai hari ini, kata kenyataan dikeluarkan oleh Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim petang ini.

“Keputusan ini dibuat pada mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Unisel yang diadakan di pejabat Menteri Besar hari ini,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah, Anuar akan menjalankan tugas-tugas sebagai Naib Canselor dengan dibantu jawatankuasa khas melancarkan pentadbiran universiti serta mengukuhkan kewangan universiti.

“Dalam tempoh ini, awatankuasa khas juga akan membantu Ahli Lembaga Pengarah untuk mencari mencari calon sesuai untuk dilantik Naib Canselor Unisel yang baru,” kata kenyataan itu lagi.

Tiada ulasan: