Sabtu, 27 Ogos 2011

Bantuan buat Palestin hingga Akhir Hayat - Mahathir.

KL POS

KUALA LUMPUR - Bantuan kepada rakyat Palestin bukan sekadar sementara semata-mata akan tetapi ianya mesti bersifat berterusan hingga akhir hayat.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, rakyat Malaysia yang sehingga hari ini masih hidup dalam keadaan harmoni sewajarnya tidak berputus asa dalam menghulurkan bantuan kemanusiaan terhadap saudara-saudara Islam di Palestin.

Malaysia juga kata beliau mesti menjadikan isu politik di Palestin sebagai pengajaran kerana salah satu punca konflik di bumi Baitulmaqdis itu berterusan adalah akibat daripada perselisihan Agama yang kritikal merujuk kepada Kumpulan Hamas dan Fatah.

Tun Mahathir berkata demikian selepas merasmikan program Walk For Al-Quds “Jejak Iktiraf Keamanan Sejagat” anjuran bersama Pertubuhan Kebajikan Rakyat Sejagat Kuala Lumpur (SEJAGAT) dan Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) disini semalam.

Bersempena program ini, pihak SEJAGAT melancarkan rayuan derma untuk tabung Khas Palestin untuk membantu perjuangan rakyat palestin dan bantuan kemanusiaan. Justeru itu, pihak SEJAGAT dengan rendah diri memohon pihak tuan untuk turut serta menyumbang ke dalam tabung ini. Sumbangan boleh dibuat melalui tunai / wang pos / cek / bank draft di atas nama:

Pertubuhan Kebajikan Rakyat Sejagat Kuala Lumpur (SEJAGAT)
No. Akaun : 56810-009147 ( MAYBANK caw. Wangsa Walk).

VIDEO TEMURAMAH WARTAWAN ANTARABANGSA BERSAMA TUN MAHATHIR








Tiada ulasan: