Selasa, 9 Ogos 2011

Buku fahaman Syiah diedar di Perlis

THE MALAYSIAN INSIDER

KANGAR– Buku-buku berkaitan fahaman Syiah dikesan telah disebarkan kepada umat Islam di Perlis termasuk para pemimpin Umno, dakwa seorang pemimpin parti itu hari ini.

Pengerusi Biro Agama Umno Arau, Dr Amar Hassan bimbang orang ramai akan terpengaruh dengan fahaman sesat itu jika tidak dibendung.

Katanya, turut menerima buku-buku berkaitan fahaman itu ialah Ketua Umno Arau Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan beliau percaya lebih ramai yang turut menerimanya.

Menurutnya, buku-buku tersebut adalah bertajuk “Inilah Khulafa Ar-Rasyidin Rasul, Dialog Mengenai Islam dan Akhirnya Kutemui Kebenaran”.

Dipetik Bernama Online, katanya, beliau akan membuat laporan polis selain melaporkan kepada Jabatan Agama Islam Perlis (Jaipss) berhubung penyebaran buku-buku tersebut.

Tiada ulasan: