Isnin, 15 Ogos 2011

Cadangan peguam ‘menghalalkan’ pelacuran mengundang kemarahan

Dana Kay, Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

Kaum wanita amat marah dengan tindakan seorang peguam lelaki yang mencadangkan agar pelacuran dibenarkan di sisi undang-udang. Peguam tersebut telah mencadangkan kepada pihak berkuasa untuk berbuat begitu semasa dia sedang memberi khidmat guaman kepada pekerja seks di mahkamah magistret di Sarawak baru-baru ini.

Dia telah menyebabkan kemarahan pihak isteri serta wanita amnya kerana tersinggung dengan cadangan itu sehinggakan mereka menghujani sayapWanita PKR dengan panggilan telefon untuk membantah.

Voon Shiak Ni, naib ketua Wanita PKR yang turut tidak berpuas hati menegur peguam tersebut. Dia menuduh peguam itu cuba merendahkan wanita, dengan menolak dakwaan peguam itu bahawa pelacuran yang dibenarkan akan menghindarkan dari berlakunya rogol. Dia hairan mengapa ada pihak mengutarakan sesuatu yang tidak masuk akal.

“Kes rogol dilakukan oleh lelaki yang ingin memaksa dan mengganas ke atas wanita. Ia tidak ada kena mengena dengan menghalalkan pelacuran. Ini adalah dua isu yang berbeza,” kata Voon kepada pihak media.

Ini adalah salah satu kenyataan membawa lebih kepada kesan yang amat negatif. Wanita tidak sepatutnya digalakkan untuk menjual tubuh kerana ia akan menyebabkan lebih banyak masalah sosial, perpecahan keluarga dan penyakit berjangkit menular masuk ke rumah.

Kerjaya lama yang tidak relevan

Ia adalah suatu kerjaya yang akan menjerumuskan wanita dan gadis untuk diperlakukan sebagai bahan seks, tiada maruah dan mereka tidak akan dilayan seperti manusia biasa. Bapa ayam akan mengongkong hidup mereka dan mereka akan dipaksa untuk melayani ramai pelanggan tanpa memikirkan belas kasihan, katanya lagi.

Dia tidak menolak bahawa pelacuran merupakan profesion yang tertua dan telah menjadi kebiasaan di dalam segenap lapisan masyarakat dunia. Namun, ini tidak bermakna ia patut dibenarkan, jelas Voon lagi. Dia menegaskan bahawa ada pelacur yang dipaksa melacur dan ada juga yang diperdagangkan oleh sindiket pemerdagangan manusia.

“Ada pihak yang menyatakan bahawa jika pelacuran dibenarkan, ramai pelacur boleh melakukan pemeriksaan kesihatan dengan lebih kerap. Siapakan yang akan memastikan wanita-wanita ini pergi melakukan pemeriksaan kesihatan? Cakap memang senang,” kata Voon.

Dia juga memberi amaran bahawa penyakit yang boleh membawa maut seperti HIV telah meningkat dan boleh disebar melalui perdagangan seks dan dibawa balik ke rumah. Voon yang telah menghadiri sebuah kursus anjuran Pertubuhan Bangsa Bersatu dibawah Pelan Pembangunan, gusar apabila mempelajari bahawa AIDS sekarang disebarkan daripada isi rumah biasa berbanding pasangan homoseksual atau hubungan jenis homoseksual.

Minggu lepas, ketua PKR itu telah menyuarakan isu tersebut dilaman Facebooknya untuk meminta pendapat orang ramai. Ramai yang berpendapat bahawa jika pelacuran dibenarkan, para isteri tetap tidak akan membenarkan suami mereka untuk mengunjungi pelacur.

Membenarkan pelacuran tidak akan menjadikan pelacur lebih dihormati. Pusat pelacur bukanlah seperti pusat rekreasi dimana orang muda akan digalakkan untuk berkunjung. “Kita mahu generasi muda bekerja keras demi pelajaran dan mencapai kejayaan dalam hidup, bukan mencari pelacur”.

Dia juga menegaskan, pusat yang berlesen pula akan mengenakan bayaran yang tinggi dan ini akan menjadikan pusat pelacuran yang tidak sah menjadi lebih popular. Seperti membeli tiket loteri, walaupun ada kedai-kedai yang sah, masih ada banyak lagi yang beroperasi secara haram,” jelasnya lagi

Ambil kesempatan menjadi jaguh

Adakan Voon betul? Dia mungkin mengambil berat terhadap hak-hak wanita, tetapi, dari satu sudut, pandangan inilah yang didokong oleh kerajaan di negara-negara maju termasuk Singapura yang bersih dan konservatif. Ironinya, mereka telah membenarkan pelacuran secara senyap beberapa tahun yang lalu.

Bagi kebanyakkan aktivis wanita, pendidikan dan pemerkasaan diri adalah cara yang terbaik untuk wanita memilih masa depannya sendiri. Jurang perbezaan antara lelaki dan wanita telah mengecil kerana adanya peluang pendidikan yang lebih baik. Namun begitu, masih banyak yang harus diperbaiki.

Didalam industry ini sendiri, ada juga wanita berpendidikan tinggi yang memilih untuk menjadi pekerja seks kerana wang ringgit. Bagi golongan ini, mereka tidak ada masalah dan mereka merasakan pelindungan yang datang bersama pengiktirafan ada kebaikannnya, walaupun ramai yakin ia masih boleh diperbaiki. Para wanita ini melihat Voon sebagai fanatik yang harus belajar membezakan antara jenayah dan pemerdagangan manusia dengan menawarkan khidmat seks dari segi professional.

Ini dua isu yang bebeza. Sememangnya hamba seks dan pemaksaan dalam pelacuran adalah berpunca daripada jenayah dan pemerdagangan manusia yang mesti dihentikan. Saya sendiri sanggup mendermakan wang untuk tujuan ini. Masalah ini sebenarnya berpunca dari kemiskinan, keadaan ekonomi dan paling utama sindiket-sindiket yang kejam. Masalah ini merupakan masalah polis dan pihak berkuasa. Untuk tidak membenarkan pelacuran akan membahayakan pelacur,”seorang pekerja seks sempat berkongsi pendapat dengan Malaysia Chronicle.

“Akhirnya, individu itu sendiri yang akan memilih. Apa yang patut dilakukan oleh kerajaan adalah untuk menetapkan apa yang boleh mereka pilih. Berapa orang wanita yang memang boleh memilih masa hadapan mereka sendiri? Bagi kamu ia adalah perkara yang keji, tapi bagi kami, inilah realitinya.

Apa yang penting, segalanya dilakukan secara professional dan tiada siapa yang akan disakiti dan diambil kesempatan. Bagi saya, amat penting jika ada perlindungan. Saya mendapat bayaran dan boleh memberikan perkhidmatan secara professional. Pelanggan saya juga harus professional. Undang-undang boleh membantu kami dari segi ini. Wanita seperti Voon harus berfikir dengan lebih dalam lagi dan tidak memaksa orang lain menerima bulat-bulat falsafah hidupnya. Dia harus berhenti dari berlagak baik dan jangan cuba nak jadi hero diatas kesulitan hidup kami.


Tiada ulasan: