Ahad, 28 Ogos 2011

CARA MEMBAYAR ZAKAT FITRAH MELALUI SMS

RONTOG DAILY

Segala-galanya semakin mudah sekarang. Semakin banyak perkara boleh dibuat di hujung jari tanpa perlu meninggalkan tempat duduk.

Antaranya, membayar zakat fitrah.

Di Selangor misalnya, Lembaga Zakat Selangor (LZS) meneruskan komitmen untuk memudah pembayaran zakat fitrah dibuat melalui kaedah Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan kerjasama dua telco terkemuka, Celcom dan Maxis.

Kaedah pembayaran cara ini sebenarnya dimulakan oleh LZS sejak bulan Ramadan tahun 2008 (1429H) lagi dan ia ternyata semakin popular.

Selain Selangor, negeri-negeri lain yang menyediakan perkhidmatan membayar zakat fitrah secara SMS setakat ini ialah Kedah, Perlis, Melaka, Pahang, Sabah dan Terengganu.

Penggunaan SMS telah dibenarkan mengikut keputusan fatwa berhubung cadangan pembayaran zakat fitrah melalui pembayaran elektronik; Pembayaran zakat fitrah melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Pra Bayar dan Pasca Bayar dan Pembayaran Zakat Melalui Internet, Mesin ATM dan Mesin E-Debit.

Atas inisiatif ini, para pelanggan talian mudah alih daripada kedua-dua pelanggan syarikat berkenaan (Celcom dan Maxis) boleh membuat bayaran zakat fitrah melalui SMS. Bayarannya akan dikreditkan terus ke akaun pembayar zakat (pasca bayar) atau dipotong terus daripada akaun prabayar (pre-paid) mereka.

Penggunaan kemudahan ini adalah PERCUMA. Berikut adalah kaedah membuat bayaran menggunakan SMS.

1. CELCOM : Taip FITRAH [Jarak] SELANGOR dan hantar ke 21999 serta ikuti arahan seterusnya

2. MAXIS : Taip FITRAH [Jarak] SELANGOR dan hantar ke 22032 serta ikuti arahan seterusnya

* Sila tukarkan nama negeri mengikut keperluan anda.

Kadar bayaran zakat fitrah bagi setiap negeri akan dimaklumkan kepada anda selepas menghantar SMS di atas.

Bayaran zakat fitrah juga boleh dibuat untuk tanggungan ataupun sebagai wakil.

Resit bayaran zakat melalui SMS ini boleh dimuat turun dari laman berikut :

1. CELCOM di alamat http://mfitrah.celcom.net.my/mfitrah/

2. MAXIS di alamat http://www.maxis.com.my/personal/latest/mzakat/

Pembayaran hendaklah dibuat sebelum 29hb. Ogos 2011. Pembayaran hanya diterima sehingga 29 Ramadan 1432 Hijrah sehingga jam 8.00 malam sahaja.

Sumber: http://www.e-zakat.com.my

Tiada ulasan: