Jumaat, 19 Ogos 2011

Ceramah: Enam, termasuk ADUN Teja ditangkap

Joseph Sipalan


Enam orang, termasuk ADUN Teja Chang Lih Kang, ditangkap polis selama beberapa jam malam tadi kerana mengadakan ceramah kecil di sebuah taman perumahan di Tapah.

NONEMenurut Chang, beliau bersama penolong setiausaha PKR Perak Tan Kah Heng adalah antara mereka yang pertama ditangkap sekitar jam 8.45 malam di lokasi itu kerana didakwa mengadakan perhimpunan tanpa permit.

Empat yang lain ditangkap kira-kira 15 hingga 20 minit kemudian kerana berkumpul di hadapan ibu pejabat polis Tapah sambil melaungkan 'bebas' bagi menuntut Chang dan Tan dibebaskan.

Tiada ulasan: