Selasa, 23 Ogos 2011

Empat perkara didakwa bagi musnahkan umat Islam

MALAYSIA KINI


Bersandarkan isu kontroversi "gerakan murtad" oleh kumpulan-kumpulan Kristian, harian berbahasa Melayu Sinar Harian memperhebatkan kritikan terhadap gerakan agama itu.

sinar harian on christian movement aims july 23 2011Hari ini menerusi ruangan Info, akhbar itu mendakwa rancangan pemusnahan umat Islam oleh gerakan Kristian adalah dengan menggalakan pergaulan bebas remaja lelaki dan perempuan serta menghalalkan pelacuran.

Sinar Harian turut menyenaraikan empat perkara lain yang didakwanya matlamat kumpulan berkenaan bagi memusnahkan umat Islam.Ia adalah:

1. Gerakan sosial - galak pergaulan bebas remaja, lelaki dan perempuan.

2. Keruntuhan akhlak - rosakkan moral dengan kegiatan liar.

3. Menghalakan pelacuran - sebagai satu pekerjaan perkhidmatan.

4. Filem dan muzik - menyelitkan unsur-unsur kurang baik/adengan yang keterlaluan dan muzik yang melampau sehingga leka dan lupa diri.

Akhbar itu bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan tersebut.

Tiada ulasan: