Jumaat, 5 Ogos 2011

Enakmen hiburan tidak pernah dilaksana dahulu

Oleh al_madd

Tindakan Kerajaan Negeri menguatkuasakan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 adalah bertujuan untuk mengelakkan orang Islam memasuki premis hiburan sepanjang bulan Ramadan.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi, YB. Dato’ Haji Mohamed Taulan Mat Rasul berkata, sejak dahulu lagi enakmen ini sudah ada Cuma tidak dilaksanakan dan semua pihak perlu menghormati langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri.

“Kita meminta semua pihak memberikan kerjasama sebaik mungkin dalam usaha bersama-sama menghormati bulan Ramadan yang mulia ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis perasmian Pesta Konvokesyen Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) Kali ke-10 di KIDU, di sini.

Menurutnya, pengusaha pusat hiburan juga diminta untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan sepanjang bulan Ramadan ini.

“Seboleh-bolehnya, mereka perlulah memastikan tiada orang Islam memasuki premis hiburan sepanjang Ramadan,” katanya.

Tiada ulasan: