Isnin, 15 Ogos 2011

HQ DAP P Pinang disimbah cat oren dan merah

Low Chia Ming


Ibupejabat DAP Pulau Pinang di Jalan Talipon dan pusat perkhidmatan ADUN Komtar, Ng Wei Aik di Lorong Seratus Tahun, hari ini disimbah dengan cat oren dan merah.

penang dap headquaters splash by red paint 140811 5Pintu masuk, pagar dan lantai kedua-dua premis tersebut disimbah
dengan cat oren, manakala papan tanda disimbah cat merah.

Sebuah kereta yang diletakkan di hadapan pusat perkhidmatan Ng juga turut disimbah cat.

Menurut saksi, sekumpulan enam orang yang menunggang tiga motosikal, datang ke pusat perkhidmatan Ng sekitar jam 1.20 pagi dan membaling lima beg plastik kecil berisi cat oren, dan satu beg berisi cat merah.

Ng menganggap serangan ke atas ibupejabat DAP berlaku sekitar masa yang sama.

Ini adalah kali kedua pusat perkhidmatan Ng telah disimbah cat. Peristiwa pertama berlaku pada 30 Jun. Pembantunya telah membuat laporan polis selepas itu.

Tiada ulasan: