Rabu, 3 Ogos 2011

KDN haram buku Islam Evil in the Name of God

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan perintah larangan penerbitan terhadap buku bertajuk “Islam Evil in the Name of God” kerana mengandungi fakta penceritaan yang palsu.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Abdul Aziz Mohamed Nor berkata, fakta penceritaan yang terkandung dalam buku itu palsu semata-mata khususnya yang melibatkan keperibadian Nabi Muhammad S.A.W. dan kesucian agama Islam.

“Penerbitan ini nyata sebahagian daripada propaganda anti Islam untuk mempengaruhi pemikiran masyarakat bukan Islam supaya membenci Islam dan merupakan usaha jahat pihak tertentu yang sengaja mahu menimbulkan kebencian dan sentimen negatif terhadap Islam.

“Sekiranya penerbitan ini dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam,” katanya dalam satu kenyataan dipetik Bernama Online.

Langkah itu diambil mengikut Seksyen 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Justeru menjadi satu kesalahan menurut Subsyeksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya ada pihak yang mencetak, menerbit dan seumpamanya terhadap buku tersebut.

Mereka yang disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

Tiada ulasan: