Selasa, 23 Ogos 2011

Kes liwat: Pakar forensik dakwa laporan HKL periksa Saiful cacat


KUALA LUMPUR ─ Seorang pakar forensik mencabar keputusan dan penemuan pemeriksaan perubatan kendalian Hospital Kuala Lumpur (HKL) ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan menegaskan laporan perubatan itu adalah kecacatan.

Saksi kedua pasukan pembela Dr David Wells memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa laporan disediakan oleh doktor HKL ─ Dr Mohd Razali Ibrahim, Dr Siew Sheue Feng dan Dr Khairul Nizam Hassan tidak tepat.

Ketiga-tiga mereka merupakan doktor di HKL yang memeriksa Saiful pada 28 Jun 2008 selepas mendakwa diliwat oleh seorang ahli pemimpin politik berprofil tinggi.

“Saya tidak mendapat keyakinan apa yang penyedia (laporan) sebenarnya katakan,” kata Dr Wells.

Dr Wells juga tidak bersetuju dengan rumusan laporan mengatakan tiada penemuan “konklusif” mengenai persoalan sama ada terdapat sebarang penembusan di bahagian dubur atau rektum Saiful.

“Laporan itu seharusnya menyebut ‘tiada penemuan klinikal’. Perkataan konklusif meninggalkan keraguan sama ada terdapat penembusan ataupun sebaliknya,” kata beliau.

Beliau juga menimbulkan persoalan mengenai percanggahan antara laporan proforma dan laporan pemeriksaan perubatan ke atas Saiful.

MENYUSUL LAGI

Tiada ulasan: