Selasa, 16 Ogos 2011

Kes Tajuddin: GLC terperangkap dalam dilema

Hafiz Yatim


Nampaknya hanya Tan Sri Tajudin Ramli dan peguam Umno, Hafarizam Harun sahaja yang tahu terma-terma penyelesaian global yang membabitkan pertikaian membabitkan berbilion ringgit yang sudah lama berlanjutan, antara bekas pengerusi Penerbangan Malaysia (MAS) itu dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terlibat.

NONEPenyelesaian global itu telah disebut beberapa kali tetapi tidak pernah
didedahkan sejak Oktober lalu, apabila peguam Tajudin - Lim Kean Leong - memohon penangguhan kes-kes tersebut yang sedang didengar di Mahkamah Rayuan.

Bagaimanapun, tidak seorang pun peguam GLC terbabit, telah dimaklumkan mengenai terma-terma penyelesaian tersebut, dan dengan siapa Tajudin berunding.

Isu tersebut mendapat perhatian apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata, beliau telah diberi mandat untuk berurusan berhubung "perkara tersebut" selepas mendapat kelulusan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah.

Tajuddin, yang menghadapi dakwaan menyebabkan MAS kerugian lebih RM8 bilion ketika beliau menerajui syarikat penerbangan negara itu, berdepan dengan tindakan undang-undang oleh GLC terbabit untuk mendapatkan semula hutang berkenaan.

Difahamkan satu pertemuan telah diadakan malam tadi, antara Khazanah Nasional Bhd - cabang pelaburan kerajaan - dengan GLC terlibat, untuk membincangkan perkara tersebut.

perak state govt crisis 030309 hafarizam harunPertemuan tersebut yang dipanggil oleh ketua bahagian perundangan Khazanah - Md Nasri Sallehuddin - dihadiri wakil Khazanah, Telekom Malaysia, Celcom, MAS dan CIMB.

Ia diadakan seminggu selepas Nazri mengeluarkan sepucuk surat
kontroversi, yang menyebut bahawa kerajaan dan Kementerian Kewangan, telah bersetuju untuk menyelesaikan pertikaian tersebut.

Menurut Nazri, GLC yang mempunyai kes-kes terhadap Tajudin (kiri) dikehendaki melantik firma guaman Hafarizam Wan Aishah Mubarak - firma yang rapat dengan Umno untuk mewakili mereka.

Dalam pertemuan tersebut, GLC berkenaan dimaklumkan bahawa terma penyelesaian global itu akan didedahkan kepada mereka hanya jika mereka bersetuju melantik Hafarizam sebagai peguam mereka.

Tiada ulasan: