Jumaat, 12 Ogos 2011

Kes Tajuddin Ramli ditangguh hingga 29 Sept 29, peguam Umno membisu

TERKINI


KUALA LUMPUR — Kes saman berjuta ringgit dan saman-saman balas melibatkan Tan Sri Tajuddin Ramli dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditangguhkan sehingga 29 September ini ekoran satu arahan kontroversi daripada Putrajaya agar kesemua pihak menyelesaikannya di luar mahkamah.

Peguam Umno Datuk Hafarizam Harun enggan bercakap mengenai isu itu hari ini meskipun arahan Putrajaya menerusi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menyebutkan bahawa beliau akan mewakili kesemua GLC.

“Saya dalam mesyuarat (Sibu). Biar ia selesai sebelum kita bercakap... maaf, terima kasih,” kata beliau menerusi mesej SMS pagi tadi.

Hafarizam juga enggan mengesahkan atau menafikan sama ada firmanya terlibat dalam urusan yang iambil kerajaan pusat itu tetapi menekankan bahawa nama firmanya telah disalah eja.

“Saya hanya dipandu oleh apa yang ditulis dalam The Malaysian Insider,” kata beliau.

“Biar peguam-pegaum yang bertindak bagi GLC dan Tajuddin Ramli selesaikan dulu. Apa-apa saya kata (sekarang) akan ada impak,” katanya lagi.

The Malaysian Insider difahamkan sekitar 10 peguam yang mewakili sejumlah 38 syarikat dan individu yang disaman oleh Tajuddin telah membangkitkan surat Nazri dan isu penyelesaian luar mahkamah dalam satu pertemuan tertutup dengan hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Md Raus Sharif, yang dilantik sebagai hakim pengurusan bahagian komersial di mahkamah Kuala Lumpur tahun lalu.

Seorang peguam yang bertindak bagi salah satu GLC berkata dia hanya mengetahui tentang perintah itu semalam dan belum menerima pemakluman formal daripada pelanggannya.

Peguam itu yang enggan namanya didedahkan berkata dia belum menerima sebarang arahan agar menyerahkan apa-apa kepada firma guaman dinamakan surat Putrajaya.

Tajuddin menamakan 38 pihak termasuk beberapa personaliti korporat sebagai defendan dalam kes samannya. Ini termasuklah:

1. Pengurusan Danaharta Nasional Berhad
2. Danaharta Urus Sdn Bhd
3. Danaharta Managers Sdn Bhd
4. Mohamad Raslan Abdul Rahman
5. Ooi Woon Chee
6. Gan Ah Tee
7. Government of Malaysia
8. Telekom Malaysia Berhad
9. Telekom Enterprise Sdn Bhd
10. Technology Resources Industries Berhad
11. Celcom (Malaysia) Berhad
12. Commerce International Merchant Bankers Berhad (CIMB)
13. Datuk Azman Yahya, pengarah Khazanah Nasional
14. Datuk Abdul Hamidy Hafiz
15. Datuk Zukri Samat
16. Datuk Kris Azman Abdullah
17. Naluri Corporation Berhad
18. Atlan Holdings Berhad
19. Atlan Properties Sdn Bhd
20. Multi Esprit Sdn Bhd
21. Datuk Seri Adam Sani Abdullah (dulu dikenali sebagai George Lim atau Maung Ng We @ Lim Yong Tong)
22. Datuk Ong Koim Hoay
23. Datuk Khalid Mohamad Jiwa
24. Datuk Ong Kar Beau
25. DFZ Capital Berhad, dahulu dikenali sebagai Sriwani Holdings Berhad
26. Kim Kenny
27. Cheim Dau Meng
28. Tan Sri Muhammad Radzi Mansor
29. Datuk Dr Md Khir Abdul Rahman
30. Datuk Dr Mohd Munir Abdul Majid
31. Datuk Lim Kheng Guan
32. Rosli Man
33. Tan Poh Keat
34. Datuk Abdul Wahid Omar
35. Bazlan Osman
36. Datuk Azzat Kamaludin
37. Ismael Fariz Ali
38. Datuk Mohamed Yunus Ramli Abbas

Tiada ulasan: