Ahad, 28 Ogos 2011

MRT: Jangan cuba jadi hero, kata Soi Lek



Wakil rakyat, sama ada daripada parti pembangkang atau kerajaan, perlu bersama bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat dan bukannya cuba menonjolkan diri menjadi 'hero'.

Untuk itu, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berharap wakil rakyat pembangkang tidak cuba mengeksploitasi isu projek My Rapid Transit (MRT) di Jalan Sultan di sini untuk kepentingan diri mereka sahaja.

Beliau berkata pihaknya telahpun berusaha untuk menangani isu yang dihadapi oleh 31 peniaga di Jalan Sultan dengan mengadakan perbincangan antara mereka dan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar serta wakil Syarikat Prasarana Negara Berhad di mana tiga perkara telah dipersetujui.

"Perkara pertama memastikan bangunan di atas tanah projek 'tunnelling' MRT itu mempunyai struktur kukuh; kedua bangunan yang tidak kukuh akan dirobohkan; dan ketiga pengambilan tanah mengikut undang-undang akan dilakukan di kawasan itu," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Geran Akademik Yayasan 1Malaysia Development Berhad di sini.

Pemilik tanah di Jalan Sultan yang terbabit membantah projek 'tunnelling' dalam projek MRT dilakukan kerana bimbang bangunan warisan di kawasan itu yang berusia satu abad terpaksa dirobohkan.-- BERNAMA

Tiada ulasan: