Sabtu, 13 Ogos 2011

Pengarah GLC diingatkan tanggungjawab mereka

MALAYSIA KINI


Majlis Peguam hari ini mengingatkan lembaga pengarah syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bahawa mereka tertakluk kepada kecuaian dan tindakan mahkamah oleh pemegang saham jika didapati gagal dalam tugas menangani penyelesaian di luar mahkamah dengan Tan Sri Tajudin Ramli.

NONEPresidennya, Lim Chee Wee berkata lembaga pengarah dalam menentukan sama ada untuk membatalkan prosiding mahkamah ke atas bekas pengerusi Penerbangan Malaysia (MAS) itu atau sebaliknya, perlu mesti mengambil kira sama ada keputusan (jika diambil), selaras dengan tugas mereka.

"Jika mereka gagal dalam tugas mereka, para pengarah akan terdedah kepada saman cuai oleh mana-mana pemegang saham atau lembaga pengarah yang dilantik seterusnya, seperti yang pernah kita lihat dalam beberapa kes baru-baru ini.

"Oleh itu, penarikan balik saman terhadap Tajudin boleh dianggap sebagai pelanggaran tugas di pihak pengarah GLC," kata Lim, sambil mengingatkan bahawa sebagai pengarah mereka juga bertanggungjawab kepada pemegang saham.

"Bagaimanapun, jika pemegang saham meluluskan resolusi untuk membenarkan pelanggaran tugas itu atau mengatakan bahawa tiada terdapat pelanggaran, maka saman itu boleh ditarik balik kecuali jika terdapat unsur-unsur penipuan atau menyalahi undang-undang," kata Lim kepada Malaysiakini.

azlanBertentangan dengan apa yang didakwa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz bahawa arahannya dalam sepucuk surat awal minggu ini yang mahu GLC menyelesaikan saman mereka ke atas Tajudin, Lim mengingatkan bahawa pihak yang sepatutnya memberi arahan untuk memulakan suatu tindakan untuk menguatkuasakan mana-mana hak syarikat berkenaan, atau untuk mendapatkan perintah kembalikan harta dan untuk menarik balik saman, adalah para pengarah.

Nazri sebelum ini dilaporkan dalam sepucuk surat yang dihantar bulan ini kepada GLC berkenaan dan Danaharta memaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk menyelesaikan semua saman sivil ke atas Tajudin yang tertangguh.

“Dimaklumkan bahawa kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk menyelesaikan kesemua tuntutan awam ke atas Tan Sri Dato Tajuddin Ramli dan beberapa yang lain dengan menarik balik dengan segera atas pandangan bahawa kerajaan dan Kementerian Kewangan telah bersetuju agar kes-kes yang ada akan diselesaikan di luar mahkmah.

NONE“Untuk makluman anda, kerajaan telah memberikan saya mandat untuk bertindak bagi pihak kerajaan dalam hal ini,” kata Nazri dalam surat itu.

Antara GLC yang menyaman Tajudin itu adalah Telekom Malaysia Bhd, Naluri Corporation, Celcom (M) Bhd, Atlan Holdings Bhd, Pengurusan Danaharta Bhd, Malaysia Airlines and Duta Skyline Bhd

Tiada ulasan: