Jumaat, 19 Ogos 2011

Perkasa: Umno, PAS, PKR korban Islam kerana undi Kristian



Syed Hassan Syed Ali mengetuai demonstrasi yang diadakan di pekarangan Masjid Negara hari ini. — Foto oleh Choo Choy May


KUALA LUMPUR— Perkasa hari ini menuduh pemimpin-pemimpin Melayu dari Umno, PAS dan PKR mengorbankan Islam semata-mata mahu mendapatkan sokongan masyarakat Kristian dalam pilihan raya.

Kumpulan membela hak Melayu itu mengadakan satu demonstrasi di Masjid Negara di sini — disertai kira-kira 20 orang — menuduh kumpulan Kristian memurtadkan umat Islam.

“Gereja biadab,” kata Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali di sebalik persekitaran panas terik.

“Mereka berkeras mahu menggunakan kitab injil versi Bahasa Malaysia. Sekarang mereka cukup berani untuk memurtadkan umat Islam, yang mana ia menyalahi undang-undang. Pemimpin-pemimpin Umno, PKR dan PAS terdesak mahu mendapatkan undi penganut Kristian sehingga sanggup mengorbankan Islam,” tambahnya.

Peserta-peserta demonstrasi turut membawa kain rentang yang tertulis “Haramkan guru-guru Kristian di Sekolah”, “Istana perlu mengajar pemimpin Melayu” dan “Guru Kristian sudah melampau! Halau mereka daripada mengajar pelajar Melayu”.

Penganut Kristian sekitar 9.2 peratus daripada 28.3 juta rakyat Malaysia, menurut bancian terbaru.

Mereka juga terdiri daripada hampir separuh 2.4 juta penduduk di Sarawak, negeri Malaysia timur yang dianggap undi kemenangan Barisan Nasional (BN).

MENYUSUL LAGI

Tiada ulasan: