Rabu, 3 Ogos 2011

PKR: Kerajaan BN perlu jelaskan perlantikan Syarikat Britain untuk Kempen Media Haram

Nik Nazmi Nik Ahmad


Sarawak Report telah mendedahkan bahawa Kerajaan Persekutuan dan Sarawak telah melantik sebuah firma penerbitan TV dan komunikasi strategik Britain, FBC Media untuk menjalankan kempen media secara haram bagi mempromosikan dasar-dasar mereka.

Blog tersebut mendedahkan bahawa FBC Media dibayar sebanyak RM15 juta setahun oleh Kerajaan Sarawak. Ini berikutan pendedahan Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung KEADILAN di Parlimen bahawa Kerajaan Persekutuan menerusi Pejabat Perdana Menteri telah membayar sebanyak RM57.68 juta kepada FBC Media antara tahun 2008 dan 2009 sementara RM42 juta lagi dibayar untuk "Public Affairs and Government Services and Strategic Communication, Public Relations and Press Outreach" mengikut bajet tambahan terkini.

Dokumen-dokumen Kerajaan Amerika Syarikat turut mendedahkan bahawa FBC Media membayar APCO sebanyak AS$70,000 sepanjang dua tahun lepas untuk melobi Kerajaan Amerika Syarikat bagi pihak Kerajaan Malaysia.

Peranan bercanggah FBC Media sebagai penerbit TV dan firma komunikasi strategic menimbulkan persoalan memandangkan mereka menerima bayaran daripada Kerajaan Persekutuan dan Sarawak untuk menerbitkan program TV yang berat sebelah dan ditayangkan syarikat penyiaran antarabangsa seperti CNBC, CNN dan BBC.

Kerajaan Persekutuan dan Sarawak juga mesti menjelaskan mengapa mereka telah memilih taktik terdesak membelanjakan jutaan ringgit wang pembayar cukai untuk terbabit di dalam kempen media secara haram.

*Kenyataan media oleh Nik Nazmi Nik Ahmad (gambar kanan) selaku Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat.

**Laporan Sarawak Report boleh diakses di sini: http://www.sarawakreport.org/2011/08/taib-paid-out-5-million-to-attack-sarawak-report-international-expose/

Tiada ulasan: