Selasa, 9 Ogos 2011

Polis temui rangka pelancong hilang

Oleh ASSIM HASSAN

KUALA LUMPUR – Polis menemui rangka manusia dipercayai milik seorang pelancong warga Perancis yang dilaporkan hilang baru-baru ini di Pulau Tioman, Pahang.

Menurut sumber, rangka yang dipercayai milik warga Perancis Stephanie Foray, 30, ditemui tengah hari ini ditanam di satu kawasan di kampung Tekek berhampiran pulau peranginan itu.

“Rangka manusia itu akan dibawa ke Hospital Kuantan esok hari untuk proses pengecaman dan bedah siasat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Pada 26 Julai lalu, laman sosial Facebook PDRM ada mengeluarkan kenyataan mengenai kehilangan seorang pelancong warga Perancis yang memasuki negara ini pada 5 Mei 2011 dengan penerbangan AK256 dari Colombo, Sri Lanka - Kuala Lumpur (LCCT).

Pada 27 Jun 2011, PDRM telah menerima e-mel daripada France Regional Police Attache, Singapura bahawa mangsa dipercayai hilang kerana keluarga putus perhubungan.

Maklumat terakhir mendapati beliau pernah menginap di Sayang Sayang Guest House, Kampung Hulu, Melaka pada 7 hingga 9 Mei 2011. - Utusan

Tiada ulasan: