Ahad, 7 Ogos 2011

PRU 13 : Kerusi Pakatan Masih Dalam Dilema Rundingan

SABAH DAILY

Rundingan antara parti komponen Pakatan Rakyat di peringkat negeri mengenai agihan kerusi, dibelenggu kelewatan dan perbincangan masih berjalan.

Kelewatan itu berlaku walaupun ibupejabat Pakatan telah mengarahkan kepimpinan di peringkat negeri menyerahkan senarai muktamad calon bagi pilihan raya umum akan datang, pada 31 Julai lalu.

Sumber-sumber yang rapat dengan pakatan pembangkang itu memberitahu Malaysiakini bahawa sehingga kini, hanya satu negeri, iaitu Perlis, telah menyerahkan senarai calon mereka - lima hari selepas tarikh tutup.

NONEDi Negeri Sembilan, ketua Pemuda DAP, Anthony Loke (kiri)
mengesahkan, walaupun tarikh telah berlalu, rundingan masih berjalan, tetapi menegaskan bahawa perbincangan berjalan dengan "baik dan lancar".

Ditanya sama ada terdapat apa-apa isu-isu utama atau perubahan yang menyebabkan kelewatan tersebut, beliau berkata, ianya hanya membabitkan perkara-perkara kecil.

"Terdapat beberapa perubahan dalam peruntukan (agihan kerusi) ini, tetapi saya tidak nampak ada apa-apa masalah besar. Saya yakin kita akan mencapai kata sepakat yang baik," kata Loke.

Menurutnya, Pakatan Rakyat negeri itu yakin perkara itu akan dapat diselesaikan dalam tempoh dua minggu.

Satu lagi sumber di Selangor yang rapat dengan rundingan agihan kerusi itu, juga mengesahkan kelewatan yang sama berlaku di negeri tersebut. -MK

Tiada ulasan: