Sabtu, 13 Ogos 2011

Saham KL diramal tidak menentu

BERNAMA


Bursa tempatan kemungkinan besar diniagakan tidak menentu minggu depan dengan pelabur terus gusar dengan krisis hutang Eropah beserta dengan penarafan negatif ke atas ekonomi AS, kata peniaga.

Penarafan negatif ekonomi AS baru-baru ini oleh Standard & Poor's nampaknya mewujudkan satu rantaian reaksi panik di seluruh dunia, termasuk Asia Pasifik yang sekali gus menyaksikan jualan besar-besaran pada hari Isnin.

malaysia stock exchange market klse 141008 09Bursa tempatan memulakan urus niaga turun naik pada awal minggu seiring bursa serantau lain berikutan berita mungkin berlakunya krisis kewangan.

Ini menjuruskan jualan besar-besaran dan mengheret turun KLCI FTSE Bursa Malaysia ke bawah paras 1,500 untuk kali pertama sejak 17 Mac, 2011.

Semalam, FBM KLCI mengakhiri urus niaga pada 1,483.67, 7.21 mata lebih tinggi berbanding penutup hari Khamis iaitu 1,476.46.

Untuk baki urus niaga, pasaran sememangnya dalam mode tidak menentu sebelum mengakhirinya dalam nada yang lebih positif pada hari Jumaat.

Ketua Penyelidikan Runcit Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan, berkata pasaran Asia kemungkinan terus melantun minggu depan kerana kejatuhan dalam tuntutan penggangguran AS mengurangkan kebimbangan berhubung pemulihan ekonomi global, dan sekali gus merancakkan pengeluar eksport dan pengeluar komoditi global.

Pada masa sama, pengesahan semula penarafan AAA Perancis dan pengharaman Eropah ke atas jualan singkat menyokong dengan kukuh saham kewangan global.

malaysia stock exchange market klse 141008 04"Kami percaya yang hakikatnya pasaran tempatan mencapai paras terlebih jual paling tinggi dalam tempoh beberapa tahun akan membuka pintu untuk pergerakan rancak sementara jangka pendek kembali ke paras halangan 1,500," katanya.

Nazri berkata, untuk minggu depan, FBMKLCI juga akan menguji paras sokongan 1,475.

"Kami kini menetapkan 1,500 sebagai sasaran serta merta untuk FBM KLCI setakat minggu depan. Bagaimanapun, kami mesti berhati-hati yang situasi terlebih jualan ini tidak mencadangkan penyelesaian akhir sudah pun dilihat.

"Mereka bagaimanapun, ada mencadangkan yang situasi terlebih jualan ini telahpun berakhir dan pasaran akan melantun semula," katanya.

Nazri turut mengingatkan pelabur yang kemudahruapan ekuiti amat luar biasa dengan dollar/yen dan dollar/swiss telah melonjak ke puncak paling merbahaya yang pernah dilihat semasa krisis selepas Lehman.

azlanSementara itu, Malaysia Airlines dan AirAsia menjadi tumpuan utama minggu ini dengan kedua-duanya memeterai urus niaga pertukaran saham, sekali gus mewujudkan sinergi paling berkuasa sesama sendiri dan mengubah sepenuhnya landskap industri penerbangan tempatan.

Berdasarkan perbandingan Jumaat-Jumaat, FBM KLCI susut 40.76 mata kepada 1,483.67 daripada 1,524.43 sebelumnya.

Indeks Kewangan susut 416.41 mata kepada 14,072.74, Indeks Perindustrian jatuh 43.23 mata kepada 2,715.01 dan Indeks Perladangan kerugian 384.49 mata kepada 7,208.45.

Indeks FBM Emas turun 33.12 mata kepada 10,147.1, FBM Ace merosot 255.93 mata kepada 3,794.09, FBMT100 lega 304.17 mata kepada 9,963.58 dan FBM70 menjunam 460.92 mata kepada 11,052.20.

azlanJumlah dagangan mingguan mengukuh kepada 7.776 bilion unit bernilai RM14.682 bilion berbanding 6.020 bilion saham bernilai RM9.858 bilion sebelumnya.

Jumlah dagangan di pasaran utama naik 6.135 bilion unit bernilai RM14.448 bilion berbanding Jumaat minggu lepas 4.089 bilion saham bernilai RM9.53 bilion.

Jumlah dagangan di pasaran ACE, bagaimanapun turun kepada 1.033 bilion saham bernilai RM162.075 juta berbanding 1.38 bilion saham bernilai RM236.207 juta minggu lalu.

Waran menambah kepada 586.675 juta saham bernilai RM64.915 juta berbanding 481.029 juta saham bernilai RM71.227 juta sebelumnya.


Tiada ulasan: