Isnin, 22 Ogos 2011

Simbah asid: Lelaki serang Mohd Rafie direman lima hari

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR— Seorang lelaki yang ditahan petang semalam berhubung kes simbah asid ke atas seorang pemuda di Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut, di sini 8 Ogos lepas, direman lima hari bermula hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata, lelaki berusia 28 tahun itu adalah kenalan kepada mangsa.

“Lelaki yang ditahan itu mengenali mangsa dan polis yakin dengan penahanannya dapat membantu pihak polis menyelesaikan kes simbah asid yang berlaku di Jalan Raja Laut itu,” katanya dipetik Bernama Online.

Dalam kejadian itu, mangsa Mohd Rafie Abdul Latif, 27, telah disimbah asid oleh seorang lelaki ketika berada dalam kereta berhampiran tandas awam berdekatan Wisma Bumi Raya.

Tiada ulasan: