Ahad, 21 Ogos 2011

Tiada kompromi kelayakan pengundi - Hishammuddin

UTUSAN ONLINE

PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini berkata, kerajaan mempunyai pendirian yang jelas dan tegas dalam soal kelayakan untuk berdaftar sebagai pemilih dalam pilihan raya.

Beliau berkata, walaupun proses permohonan kewarganegaraan, permit masuk dan daftar lewat kelahiran diselesaikan dengan segera melalui penambahbaikan sejak lebih dua tahun lalu, ia tidak melibatkan perubahan dasar dan syarat-syarat peruntukan undang-undang serta peraturan sedia ada.

Kementerian juga mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengemas kini rekod-rekod warganegara Malaysia yang sah dan berdaftar sebagai pengundi awal minggu lalu, selaras dengan cadangan kerajaan untuk menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen, katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - Bernama

Tiada ulasan: