Selasa, 2 Ogos 2011

Tiket KTMB Ke Pantai Timur Habis Dijual

Ditulis oleh Nur Atiqah Abd Samad


KUALA LUMPUR : Anak- anak perantauan dari Pantai Timur mula resah apabila tiket perjalanan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari Kuala Lumpur ke Tumpat Kelantan habis dijual.

Pengurus Pemasaran KTMB, Mohd Noordin Kimi berkata, pengguna perkhidmatan KTMB terpaksa mencari alternatif lain untuk pulang berhari raya di kampung halaman, berikutan tiket keretapi habis dijual sejak awal bulan lalu.

"Tiket cepat habis berikutan orang ramai membeli lebih awal ekoran kaunter jualan telah dibuka sejak awal bulan lalu," jelas Noordin.

Nordin berkata, faktor KTMB yang membuka jualan dalam talian mendapat sambutan yang menyebabkan tiket- tiket laris dijual.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan kesukaran orang ramai mendapatkan tiket kereta api khususnya ke beberapa destinasi di Pantai Timur walaupun telah menunggu sejak awal pagi.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai tiket dan waktu perjalanan kereta api boleh menghubungi pusat maklumat KTMB di talian 03-22671200.

Tiada ulasan: