Khamis, 25 Ogos 2011

Wacana Politik dan Ulama' Gamat Bincang Isu Liwat Anwar.

KL POS

KUALA LUMPUR - Wacana Politik pagi tadi yang menampilkan tokoh-tokoh Agama dari Parti UMNO dan PAS agak gamat seketika setelah terdapat beberapa percanggahan pendapat mengenai isu Politik yang diaplikasi menggunakan kaedah Agama.

Dari pihak UMNO yang diwakili Fathul Bari Mat Jahya, beliau mengupas isu penyalahgunaan Agama di dalam politik yang boleh membawa kepada perpecahan Islam sepertimana yang berlaku di Negara pada ketika ini.

Sementara itu, isu Kes Liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut gamat setelah Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria mendakwa beliau pernah meminta bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar jangan membuat tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim jika tidak cukup bukti.

“Saya, banyak perkara suruh Dr Mahathir berhenti (tidak lakukan), tapi ada tiga perkara beliau tidak mahu berhenti, yang pertama bila nak pecat, Anwar saya ditahan daripada jumpa perdana menteri.

“Saya kata kepada pembantu (Dr Mahathir) pecat Anwar pengaruh bukan sikit boleh pecah Melayu. bila nak buat tuduhan liwat, saya kata kalau nak pecat Anwar (dari timbalan perdana menteri) buat rombakan Kabinet, letak di kementerian lain... tapi saya tidak dibenarkan jumpa perdana menteri,” katanya pada Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti hari ini.

Turut serta dalam forum anjuran akhbar Sinar Harian itu adalah Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man manakala moderatornya adalah Datuk Dr Asri Zainal Abidin.



Tiada ulasan: