Jumaat, 12 Ogos 2011

Warganegara baru diseru tampil, elak kerakyatan ditarik

Oleh: Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat mempelawa individu-individu yang mendapat kerakyatan untuk tampil membuat pengakuan bagi mengelak digelar ‘pengkhianat negara’

“Saya memohon ‘warganegara baru BN’ untuk memaklumkan kepada kami, bagaimana caranya kamu mendapat kewarganegaraan.

“Ia perlu supaya pada masa akan datang, tiada siapa yang boleh menarik semula kewarganegaraan kamu.

“Ini juga bagi mengelak sebarang ugutan politik,” kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah pada sidang media Sekretariat Pakatan Rakyat di Petaling Jaya, hari ini.

Beliau membuat tawaran berkenaan selepas pendedahan demi pendedahan yang dibuat Pakatan Rakyat terutamanya selepas pembongkaran pemberian kewarganegaraan segera oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Nurul Izzah turut hairan bagaimana ‘agen baru rakyat Malaysia’ ini tersenarai dalam daftar pengundi meskipun tidak mendaftar di pejabat pos melalui prosedur biasa.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut memberi jaminan bahawa penerima kerakyatan yang memberikan maklumat bagaimana mereka didaftarkan akan dilindungi.

“Anda semua tidak perlu bimbang. Sebagai warganegara, sudah tentu hak kamu terjamin dan dilindungi di bawah Akta Pemberi Maklumat,” jelas Izzah.

Tiada ulasan: