Jumaat, 26 Ogos 2011

Zaki: Saya tak pernah dengar kes berkaitan Umno

MALAYSIA KINI


Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi, yang dijadual akan bersara bulan depan, berkata beliau tidak pernah mendengar atau campurtangan dalam mana-mana kes berkaitan Umno sejak memegang jawatan tersebut pada Oktober 2008.

Dalam temubual eksklusif yang disiarkan oleh akhbar bahasa Cina Sin Chew Daily hari ini, Zaki berkata beliau komited dengan ikrar semasa pelantikannya sebagai Ketua Hakim Negara bahawa beliau akan melakukan yang terbaik untuk mengecualikan dirinya daripada kes-kes yang berkaitan dengan Umno sehingga rakyat mengubah persepsi mereka terhadapnya.

zaki azmi chief justice installation event 291008 03Selain itu, Zaki juga mendakwa beliau tidak campurtangan dalam mengatur panel hakim yang mendengar kes berkaitan dengan Umno.

Zaki (kiri) mengambil contoh pertikaian perundangan antara Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin semasa krisis perlembagaan di Perak dan berkata beliau menyerahkan tanggungjawab itu kepada Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff.

Memilih hakim untuk mendengar kes-kes rayuan di Mahkamah Persekutuan merupakan salah satu daripada tugas Ketua Hakim Negara.

Zaki, yang dikenali sebagai seorang peguam utama Umno sebelum pelantikannya, telah dilantik terus ke mahkamah tertinggi negara, Mahkamah Persekutuan, pada 5 September 2007. Beliau dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan pada 11 Disember 2007, dan dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada 18 Oktober 2008.

Tiada ulasan: