Jumaat, 12 April 2013

15 peratus calon wanita KEADILAN dari sayap Srikandi

Oleh Arif Juhani

KUALA LUMPUR : Separuh daripada 30 peratus wanita KEADILAN yang dicalonkan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 terdiri daripada sayap Srikandi.

Ketua Srikandi, Siti Aishah Shaik Ismail berkata, peratusan itu juga membabitkan wanita daripada semua kaum.

Siti Aishah (tengah) bersama rombongan Srikandi ke Sabah Februari lalu.
Siti Aishah (tengah) bersama rombongan Srikandi ke Sabah Februari lalu.

“Setakat ini, saya difahamkan ada calon Srikandi berbangsa India dan Cina. Ini bagi menguatkan sokongan rakyat kepada KEADILAN pada PRU nanti.

“Namun, semua nama yang dicalonkan itu masih dalam rundingan parti,” katanya kepada Keadilan Daily.
Jelas Siti Aishah, calon yang akan ditampilkan mempunyai latar belakang akademi dan profesional yang baik dari dalam dan luar negara.

Ditanya mengenai kempen, Aishah berkata, Srikandi lebih banyak bergerak terus kepada pengundi berbanding ke pentas ceramah.

“Gerak kerja Srikandi bertumpu kepada hebahan risalah dari rumah ke rumah dan berjumpa terus dengan pengundi.

“Kempen ini tidak meliputi kawasan Parlimen. Fokus Srikandi lebih kepada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN),” kata Siti Aishah. – NS

Tiada ulasan: