Khamis, 4 April 2013

200 Orang Muda Sertai PAS

 Mohd Tishaah

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/200%20pemuda%20sertai%20pas.jpgKEMAMAN - Seramai 200 orang yang terdiri orang muda lelaki dan perempuan telah menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS kepada Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada satu majlis ceramah di Pantai Kijal pada Selasa, 2 April.

Mereka adalah para pemuda dan pemudi dari Rumah Murah Kijal, Kampung Meraga Beris, Kampung Darat Air Putih, Kampung Penunjuk, Kampung Tengah, Kampung Bukit Kuang, Kampung Telok Kalong, Kampung Seri Bandi dan Kampung Ibok yang kesemuanya dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal.

Menurut Ketua Pemuda PAS DUN Kijal, Ustaz Zulkifli Nara, para pemuda dan pemudi tersebut menyatakan mereka memilih untuk masuk PAS kerana mahu bersama-sama menyertai perjuangan menegakkan Islam di Kijal khasnya dan Malaysia amnya.

"Mereka berkata dalam UMNO tiada ruang dan peluang untuk menghayati Islam yang sebenarnya, UMNO bukanlah platform untuk anak muda mengenali Islam yang hakiki,

"mereka berkata dalam UMNO tiada ruang dan peluang untuk menghayati Islam yang sebenarnya, UMNO bukanlah platform untuk anak muda mengenali Islam yang hakiki."ujarnya ketika ditemui selepas majlis tersebut.

Hadir sama Ketua penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat Ustaz Riduan Mohd Nor, Setiausaha PAS Kawasan Kemaman Ustaz Alias Abdul Hamid,Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman Ustaz Hishamuddin Abdul Karim dan Pengarah MTD PAS Kijal Ustaz Hazri Jusoh.

Kemasukan 200 pemuda dan pemudi tersebut memberi tamparan hebat kepada Menteri Besar, Ahmad Said yang merupakan ADUN Kijal dan Ketua Bahagian UMNO Kemaman.

Tiada ulasan: