Khamis, 11 April 2013

4,000 Hadiri Persembahan Bersama 'Optimus Prime' di Kuala Terengganu

 Skuad BO

KUALA TERENGGANU - Lebih 4,00 orang hadir mendengar ucapan pemimpin PAS dan menyaksikan persembahan Azhan Atan serta Ustaz Azhar Idrus, sempena kehadiran Treler Negara Berkebajikan 'Optimus Prime' di Dataran Shahbandar dekat sini, pada Isnin malam, 8 April.

Antara pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat Terengganu serta NGO  yang hadir adalah Pesuruhjaya PAS  Haji Mohd Abdul Wahid Endut, Timbalan Pesuruhjaya 3 Dr Alias Razak, Pengerusi PKR Azan Ismail, Pengerusi DAP Ng Chai Hing dan Pengerusi Amanah Terengganu Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah.

Haji Wahid menyeru rakyat membuat pilihan yang lebih tepat dalam pilihanraya umum yang semakin dengan dengan menilai manifesto yang telah PAS kemukakan kepada rakyat.

"pilihan ada di tangan kita, untuk rayat membuat pilihan kita (PAS) telah mengeluarkan manifesto dan rakyat boleh menilai, dengan kuasa pilihan itu (kita seru) rakyat buat pilihan yang lebih tepat,

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/Treler%20KT2.jpg"kita tidak masalah, ada menang dan ada kalah (dalam pilihanraya) tapi kali ini kita ada misi yang cukup jelas (untuk membuat satu perubahan),"katanya.

Dr Alias dalam ucaannya berkata, selama pemerintahan Umno-BN di Terengganu, kerajaan dan rakyat telah 'dianaktirikan' dengan kemajuan yang jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri di pantai Barat.

Katanya, penentuan maju atau mundurnya sesuatu negeri adalah bergantung kepada empat kayu ukur; pendapatan perkapita, pendidikan, kesihatan dan kemudahan asas.

"untuk menentukan maju mundurnya sesebuah negeri, kita ambil empat kriteia yang besar, yang pertama dari segi pendapatan perkapita, rakyat Terengganu menduduki tangga yang ke-10, dari segi pendidikan kita duduk tangga yang ke-10 juga,

"dari segi kesihatan, kita berada di tangga yang ke-9.....dan dari segi kemudahan asas kita semua tahu Terengganu jauh ketinggalan berbanding dengn negeri-negeri di pantai Barat,"ujarnya. [Lihat Video]
Oleh itu, katanya, PAS dan Pakatan Rakyat Terengganu menawarkan manifesto memajukan negeri Terengganu dengan berusaha untuk mendapatkan balik harta kekayaan negeri iaitu royalti minyak yang telah dirampas oleh kerejaan persekutuan.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/Treler%20KT3.jpgRaja Bahrin dalam ucapannya mendakwa, kerajaan Umno dan Barisan nasional (BN) hari ini tidak mahu lagi orang-orang Melayu hidup dengan mata pencarian sendiri dan berdikari kerana katanya, mereka menganggap orang berdikari adalah golongan yang bahaya.

Oleh sebab itu, katanya, kerajaan Umno-BN telah memusnahkan Kampung-kampung warisan yang menjalankan usaha seni kraftangan emas, perak dan batik seeprti yang dilakukan kepada Kampung Ladang Tok Pelam.

"jadi yang biasa buat kerja emas, perak.....tak boleh lagi berniaga, yang buat batk pun tak boleh berniaga (kerana tinggal dalam flat) jadi (daripada0 ada mata pencarian sendiri....nereka erpaksa makan gaji.......adakah ini demi kepentingan orang Melayu?,

"(ia) satu langkah ke belakang yang membunuh semangat dan jiwa orang Melayu untuk berdikari, kerana kerajaan (Umno-BN) tidak suka kepada orang melayu yang berdikari.....kerana orang berdikari ini bahaya menurut mereka,"jelasnya.

Tiada ulasan: