Ahad, 21 April 2013

Abdul Khalid: Pelabuhan Klang Sudah Maju Jika Diurus Baik


IMG_8795

KLANG  : Pelabuhan Klang boleh menjadi kawasan pemacu ekonomi negeri sekiranya diuruskan dengan baik.

Calon Pakatan Rakyat DUN Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata ia kerana setiap tahun keuntungan pelaburan yang diperolehi daripada kawasan itu mencecah RM30 hingga RM40 bilion setahun.

Katanya, daripada jumlah itu juga, lima hingga 10 peratus sepatutnya digunakan untuk menaiktaraf kawasan.

“Kerajaan Pusat mengabaikann Pelabuhan Klang yang menyumbang RM30 bilion setahun kepada Malaysia, sepatutnya ia dilaburkan kembali.

“Tetapi disebabkan pemikiran yang tidak mahu diubah untuk memajukan atau menaiktaraf kawasan ini, jadi ia berlaku seperti itu,” katanya dalam ucapannya di Ceramah Perdana Parlimen Klang di Pusat Operasi DAP di sini.

IMG_8783

Beliau menambah keuntungan daripada pelaburan yang diperoleh di kawasan itu sepatutnya boleh memajukan kawasan sekitarnya supaya ia dilengkapi kemudahan jaringan yang baik antaranya jalan raya.

Abdul Khalid terdahulu berkesempatan merasmikan Bilik Gerakan Utama bagi DUN Pelabuhan Klang yang berpusat di Kota Pendamaran.

Tiada ulasan: