Jumaat, 26 April 2013

Abdul Khalid : Pengalaman Akan Membantu Saya di Bandar Tun Razak


mb taman connaught 01

KLANG  : Pengalaman dan perkhidmatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjadi Ahli Parlimen Bandar Tun Razak sejak lima tahun lalu diyakini membantunya untuk mempertahankan kerusi tersebut untuk satu lagi penggal.

Sekalipun berdepan tiga pencabar lain, Abdul Khalid yakin pengundi dapat menilai prestasi, pengalaman dan kebolehannya sebagai wakil rakyat untuk dijadikan kayu pengukur dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) nanti.

“Pengalaman dan ‘network’ saya adalah lebih besar dan saya juga berkebolehan untuk menyelesaikan masalah.

“Saya bukan sekadar mendengar sahaja dan ini sudah dibuktikan dan inilah juga yang tidak ada pada muka-muka baru,” jelasnya.

Mengulas strateginya untuk kekal sebagai MP, lebih-lebih lagi ketika berdepan lawannya, Tan Kok Eng (BN) yang dikatakan lebih mesra pengundi muda, Abdul Khalid berkata beliau yakin golongan itu lebih bijak membuat pilihan.

“Mereka (golongan muda) bukan hendak lihat kemesraan, tetapi yang mereka mahu lihat adalah samada (calon) boleh bekerja atau tidak untuk mereka,” ujarnya lagi.

Selain Kok Eng, Menteri Besar Selangor ini juga menghadapi tentangan daripada dua lagi calon bebas iaitu, Mohd Sukeri Abdul Samat dan Mokhtar Salahudin.

Pada tahun 2008, Abdul Khalid menewaskan lawannya Datuk Tan Chai Ho (BN) dengan majoriti 2, 515 undi setelah memperolehi 28, 123 undi.

Tiada ulasan: