Khamis, 11 April 2013

Adun Hulu Bernam tidak pertahan kerusi

AMRULLAH ABDUL KARIM

KUALA KUBU BHARU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Hulu Selangor, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar dikatakan tidak akan mempertahankan kerusi Dun Hulu Bernam yang disandangnya selama tiga penggal berturut-turut.

Demikian kata Ketua Pemuda Umno Hulu Selangor, Mahmud Karim menerusi laman sosial Facebooknya sebentar tadi.

"Assalamualaikum, untuk makluman Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor, Datuk Mohamed Idris tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Oleh (itu) saya menyeru kepada semua Pemuda Umno Hulu Selangor membantu beliau bagi memastikan kemenangan siapa sahaja calon yang akan dipilih oleh Perdana Menteri," katanya.

Makluman tersebut dimuat naik kira-kira jam 10.10 malam tadi.

Pengumuman itu turut mendapat maklum balas pemimpin Umno dan Pemuda Umno di dalam ruangan komentar tersebut.

Antara yang memberi maklum balas adalah Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Hulu Selangor, Zainuddin Mat Naan.

"Kalau da gitu (sudah begitu), kita sokong saja siapa yang dicalon oleh Perdana Menteri siapa ganti beliau... Hidup BN," katanya.

Keputusan tersebut turut disusuli dengan laungan Takbir oleh seorang penyokong Umno..

Tiada ulasan: