Rabu, 17 April 2013

Ali Rustam ke Parlimen, Idris bakal MB?

 
Ketua Menteri Melaka yang sebelum ini merupakan ADUN Bukit Baru, kali ini akan bertanding di kerusi Parlimen Bukit Katil. 



MELAKA: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam dipindahkan ke kerusi Parlimen sementara Ahli Parlimen Tangga Batu, Idris Haron  pula akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) 5 Mei.
Ali yang sebelum ini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Baru, kali ini akan bertanding di kerusi Parlimen Bukit Katil  untuk mencabar Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Idris pula akan bertanding di kerusi DUN Sungai Udang. Ini bermakna sekiranya Barisan Nasional mengekalkan Melaka dan Idris pula  menang di Sungai Udang, beliau dilihat sebagai bakal Ketua Menteri yang baru.
Pemimpin veteran MCA, Datuk Dr Fong Chan Onn yang merupakan penyandang Parlimen Alor Gajah juga digugurkan kali ini.  Sementara itu satu-satunya Exco Kerajaan Negeri dari MIC, Datuk R Perumal yang sebelum ini penyandang kerusi DUN Asahan  digugurkan dan digantikan dengan Setiausaha Khas Ali, Datuk MS Mahadevan.
Bagaimanapun Mahadevan akan bertanding di kerusi DUN Gadek. Datuk Abdul Ghafar Atan pula yang sebelum ini penyandang DUN  Gadek akan bertanding di kerusi DUN Asahan.
Berikut senarai penuh calon BN di Melaka:

Parlimen

Bukit Katil – Datuk Seri Mohd Ali Rustam
Tangga Batu – Prof. Madya Datuk Dr Abu Bakar Md Diah
Jasin – Datuk Ahmad Hamzah
Alor Gajah – Datuk Koh Nai Kwang
Masjid Tanah – Mas Ermieyati Shamsudin
Kota Melaka – Dr Yee Kok Wah

Dewan Undangan Negeri (DUN)

Telok Emas – Datuk Latiff Tamby Chik
Duyong – Datuk Gan Tian Loo
Kota Laksamana – Datuk Chiw Tiang Chai
Banda Hilir – Ronald Gan
Kesidang – Lim Eng Teck

Kuala Linggi – Datuk Ismail Othman
Tanjung Bidara – Datuk Abdul Karim Sulaiman
Ayer Limau – Amiruddin Yusof
Lendu – Sulaiman Mohd Ali
Taboh Naning – Datuk Latipah Omar

Bukit Baru – Karim Yaakob
Ayer Keroh – Yong Fun Yuan
Bachang – Chua Lian Chai
Ayer Molek – Datuk Mohd Yunos Husin
Sungai Udang – Datuk Idris Haron

Paya Rumput – Sazali Mohd Din
Pantai Kundor – Datuk Abdul Rahaman Abdul Karim
Klebang – Lim Ban Hong
Gadek – Datuk M.S. Mahadevan
Machap – Datuk Lai Meng Chong

Durian Tunggal – Datuk Abdul Wahab Latif
Asahan – Datuk Ghafar Atan
Merlimau – Roslan Ahmad
Serkam -  Zaidi Atan
Rim -  Datuk Ghazale Muhamad

Sungai Rambai – Datuk Hasan Rahman
Bemban -  Ng Choo Too
Rembia – Datuk Norpipah Abdol

PAS Melaka letak calon Cina

Sementara itu, PAS Melaka mencipta satu sejarah baru apabila buat pertama kali menamakan seorang calon berbangsa Cina untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei nanti.

Beliau ialah Wong Chee Chew, seorang ahli perniagaan yang akan bertanding di kerusi DUN Asahan. Wong merupakan Ahli Jawatankuasa Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

PAS akan bertanding satu kerusi Parlimen dan 13 kerusi DUN di Melaka.

Kecuali Julasapiyah Kassim (Kuala Linggi) dan Imran Abdul Rahman (Tanjung Bidara), ke semua calon yang diturunkan oleh PAS Melaka kali ini adalah merupakan muka baharu.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari akan bertanding di DUN Durian Tunggal dan beliau akan berentap dengan penyandang Datuk Abdul Wahab Abdul Latip.

Yuhaizad Abdullah yang pernah bertanding di DUN Merlimau ketika Pilihan Raya Kecil pada Mac 2011, sekali lagi akan diturunkan di DUN Merlimau dan beliau sekali akan bertarung dengan penyandang Roslan Ahmad.

Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Nasaie Ismail akan bertanding di satu-satunya kerusi Parlimen yang ditandingi PAS Melaka iaitu di parlimen Masjid Tanah. Lawan beliau di Masjid Tanah ialah muka baharu Mas Ermieyati Shamsudin.

Berikut senarai penuh calon PAS di Melaka:

Parlimen

Masjid Tanah – Nasaie Ismail (Setiausaha Akhbar Presiden PAS)

Dewan Undangan Negeri (DUN)


Kuala Linggi – Ustaz Julasapiyah Kassim (Naib Yang DiPertua PAS Masjid Tanah)
Tanjung Bidara – Ustaz Imran Abdul Rahman (Timbalan Yang Dipertua PAS Masjid Tanah)
Lendu – Asri Shaik Abdul Aziz (Setiausaha PAS Melaka)
Taboh Naning – Abd Halim Abd Jalil
Durian Tunggal – Adly Zahari (Pesuruhjaya PAS Melaka)

Asahan – Wong Chee Chew (Ahli Jawatankuasa DHPP)
Pantai Kundur – Ustaz Mohd Noor Omar (Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu)
Bukit Baru – Dr Mohd Khalid Kassim (Bekas Timbalan Pengarah Hospital Besar Melaka)
Ayer Molek – Ustaz Khairi Abd Aziz (Naib Ketua Dewan Ulama’ PAS Melaka)
Telok Mas – Harun Mohamed (Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Melaka)

Serkam – Ustaz Kamarudin Sidek (Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka)
Merlimau – Yuhaizad Abdullah (Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka)
Sungai Rambai – Kintan Man (Ketua Dewan Muslimat PAS Melaka)

Tiada ulasan: