Rabu, 3 April 2013

Anwar mahu bertanding di Perak, tapi perlu restu pengundi Permatang Pauh

Oleh Md Izwan

Anwar Ibrahim di iringi oleh timbalan presiden PKR Azmin Ali pada sidang akhbar. — Gambar oleh Saw Siow FengPETALING JAYA — Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan secara terbuka untuk bertanding di Perak tetapi perlu mendapat restu daripada pengundi di kawasan parlimennya Permatang Pauh sebelum membuat keputusan muktamad.

Ketua pembangkang itu berkata akan turun ke Permatang Pauh untuk membuat penjelasan tentang hasratnya untuk bertanding di Perak kepada pucuk pimpinan parti, memandangkan kerusi tersebut adalah kubu kuatnya sejak tahun 1982 lagi.

“Saya perlu pulang ke Permatang Pauh untuk menenangkan pimpinan dan pengundi di Permatang Pauh,” kata Anwar dalam satu sidang media yang penuh dengan wartawan di ibu pejabat PKR di sini.

“Saya perlu jelaskan dan memberi faktor saya buat keputusan itu.”

Anwar juga mengakui hasratnya untuk bertanding di Perak tetapi tidak mengumumkan kerusi yang bakal ditandinginya, malahan tidak menolak kemungkinan terpaksa untuk kembali ke kerusinya di Permatang Pauh.

“Ya, seperti telah saya katakan mungkin akan bertanding di Perak.

“Tapi saya mungkin akan dipujuk semula untuk kembali ke Permatang Pauh,” katanya lagi.

Tiada ulasan: