Selasa, 16 April 2013

Anwar umum calon PKR Perak, Changkat Jering masih misteri

SAIFULLAH AHMAD, SHAHRIZAL AHMAD ZAINI dan ISMANIZA AHMAD

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim ketika ditemui pada satu wawancara eksklusif di pejabatnya. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
 
TAMBUN - Kedudukan kerusi Dun Changkat Jering terus menjadi misteri apabila Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memutuskan untuk tidak mengumumkan calon bagi kawasan milik parti itu, malam tadi.

Keputusan itu dibuat kerana Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) belum mempunyai sebarang kata putus mengenai kerusi itu.

Bagaimanapun Anwar dalam ucapannya menyambut baik  pencalonan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin di situ tetapi menurutnya ia harus diganti dengan kerusi Dun yang lain berdasarkan perjanjian antara Pas dan PKR sebelum ini.

Mesyuarat mengenai penentuan kerusi itu dan beberapa kerusi yang mengalami pertindihan  akan diadakan hari ini melibat kepimpinan ketiga-tiga pimpinan PR.

Pada majlis di Manjoi di sini malam tadi, Anwar turut mengumumkan calon bagi sembilan Parlimen dan 19 kawasan Dun yang ditandingi PKR, iaitu:
Parlimen

1. Bagan Serai - Dr Muhammad Nur Manuty

2. Padang Rengas - Dr Meor Ahmad Isharra Ishak

3. Tambun - Siti Aishah Shaik Ismail

4. Gopeng - Dr Lee Boon Chye

5. Tapah - K Vasantha Kumar

6. Pasir Salak - Mustaffa Kamil Ayub

7. Lumut - Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid

8. Bagan Datoh - Madhi Hassan

9. Tanjung Malim - Datin Paduka Tan Yee Kew


Dun

1. Pengkalan Hulu - Mejar (B) Abdullah Masnan

2. Temenggor - Mohd Supian Nordin

3. Kenering - Mohd Tarmizi Abdul Hamid

4. Kota Tampan - Zahrul Nizam Abdul Majid

5. Batu Kurau - Mohd Fadzil Alias

6. Kuala Kurau - Abdul Yunus Jamhari

7. Alor Pongsu - Rosli Ibrahim

8. Kuala Sepetang - Chuah Yee Ling

9. Bukit Chandan - Fathmawaty Salim

10. Hulu Kinta - MA Tinagaran

11. Bota - Zulkifly Ibrahim

12. Tualang Sekah - Baldip Singh

13. Simpang Pulai - Tan Kar Hing

14. Teja - Chang Lih Kang

15. Chenderiang - Amani Williams Hunt Abdullah

16. Sungai Manik - Osman Abdul Rahim

17. Pangkor - Mohd Saifullah Zulkifli

18. Hutan Melintang - S Kesavan

19. Behrang - Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab

Tiada ulasan: