Selasa, 16 April 2013

Apakah pemilihan parti dibelakang senarai calon PRU13 MCA?

Oleh Jahabar Sadiq
Pengarang

KUALA LUMPUR — Langkah Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menggugurkan dua pemimpin kanan MCA dan meletakkan orang-orangnya telahpun menyebabkan ombak besar dalam partinya, namun adakah ianya akan membantu Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya 2013 atau hanya presiden parti dalam pemilihan dalaman tahun ini? 
 
Dan apakah ahli veteran seperti bekas presiden parti Datuk Seri Ong Tee Keat tidak dianggap sebagai “calon boleh menang” di kubu kuatnya parlimen Pandan yang akan di menyaksikan “jaguh” PKR Rafizi Ramli akan bertanding dalam pilihan raya umum 5 Mei nanti?

Bekas sekutu Ong, naib presiden parti Senator Gan Peng Sieu turut digugurkan dalam senarai calon yang diumumkan oleh Dr Chua semalam, menyebabkan timbul keyakinan hanya orang presiden bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Seorang lagi naib presiden Datuk Seri Dr Ng Yen Yen juga tidak akan bertanding dalam pilihan raya ini, akan tetapi Menteri Pelancongan kontroversi itu berkata beliau yang mahukannya walaupun terdapat kebimbangan prestasinya telah menjejaskan BN dalam beberapa tahun lepas.

“Pada asasnya, Chua Soi Lek sedang menyediakan untuk pemilihan MCA selepas PRU. Oleh itu, beliau menggugurkan semua pesaing dan penyokong mereka,” kata satu sumber MCA kepada The Malaysian Insider.

“Semuanya orang presiden untuk PRU13,” tambah beliau, mengatakan senarai calon memperkuatkan Dr Chua dalam pemilihan parti akan datang berbanding membantu BN mempertahankan Putrajaya.

Dr Chua mengalahkan Ong dalam pemilihan parti pada 2010 dan pemilihan parti akan datang perlu diadakan enam bulan selepas pilihan raya umum.

Tidak diketahui apakah kedua-duanya akan bertanding dalam pemilihan parti akan datang, tetapi jika Ong menang pilihan raya ia akan menyulitkan Dr Chua untuk mengekalkan jawatan presiden, kata sumber.

Satu lagi sumber mengatakan parti memerlukan pemimpin tidak mementingkan diri sendiri tetapi sengitnya persaingan dalaman telah meguasai senarai yang diberikan kepada pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.

“Sama seperti parti BN lain. Politik dalaman menentukan siapa dinamakan untuk bertanding.

“Tidak penting sama ada mereka menang PRU13 akan tetapi selagi pasukan mereka menang dan mengawal MCA,” katanya.

Beliau membangkitkan Dr Chua sanggup membiarkan beberapa kerusi dan “meminjamkannya” kepada Umno dan MIC daripada meletakkan calon dan melawan pembangkang Pakatan Rakyat (PR).

“Kita sudah namakan orang di kerusi Wangsa Maju dan Gelang Patah tetapi sekarang Umno sudah mengambilnya dan kita tidak berbuat bising. Chua hanya tumpu kepada pemilihan parti, bukan PRU13,” tambah beliau.

MCA bertanding 37 kerusi parlimen dan 90 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), tiga kerusi parlimen kurang daripada Pilihan Raya 2008 dalam apa yang pengkritik katakan sebagai hilangnya pengaruh untuk undi Cina sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Bahagian MCA di Wangsa Maju dan Gelang Patah telah menyatakan kemarahan dan menutup bilik operasi mereka kerana pemberian kerusi dan takut akan hilang populariti dikalangan masyarakat Cina kerana Umno bertegas mereka lebih berpeluang menang.

Lebih kurang kerusi parlimen MCA akan menjejaskan peluang mereka untuk menang sekurang-kurangnya 15 kerusi sama seperti pada Pilihan Raya 2008. Ianya akan memaksa Dr Chua untuk menunaikan janjinya untuk MCA tidak mengambil sebarang jawatan Kabinet jika gagal menyamai keputusan 2008.

Walau bagaimanapun, kelihatan senarai calon dengan personaliti lebih lemah dan kurangnya kerusi akan menyebabkan cita-cita Dr Chua untuk menguasai MCA pada masa akan datang semakin sukar.

Tiada ulasan: