Rabu, 3 April 2013

Atas kertas, PAS mampu pertahan Kedah

 


 
Sekiranya perkiraan dibuat berdasarkan majoriti yang diperoleh dalam pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat sudah selamat di sekurang-kurangnya 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah dan hanya memerlukan tiga lagi kerusi untuk sekali lagi menang mudah.

Di atas kertas, Pakatan hanya perlu mengekalkan status quo yang dimenangi dalam pilihan raya lalu sebanyak 22 daripada 36 kerusi.

Walaupun dikatakan masih bergelut dengan masalah dalaman dan situasi "pancung-memancung" dalam pemilihan calon, gabungan itu dilihat masih berdepan berbanding BN yang juga dikatakan sedang menghadapi masalah hampir serupa.

NONE
Ketika cakap-cakap pergeseran antara Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak-Datuk Phahrolrazi Zawawi - timbalannya dalam PAS - mampu menjejaskan penguasaan mereka, BN juga masih berhempas pulas mengekang cakap-cakap untuk mengetengahkan anak bekas perdana menteri Datuk Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar.

Walaupun masing-masing menafikan, perkara itu tetap mengundang gelisah dan serba salah penyokong di akar-umbi.

Dalam masa yang sama, pertambahan pengundi muda pula masih dilihat memberi kelebihan kepada gabungan PAS-PKR-DAP yang diketuai oleh parti Islam itu berbanding lawan mereka BN.

Kesemua 16 kerusi selesa Pakatan adalah: Bukit Selambau (PKR-12,632 undi), Lunas (PKR-10,323), Tokai (PAS-6,578), Kuala Ketil (PAS-4,880), Anak Bukit (PAS-3,806), Sidam (PKR-3,618), Merbau Pulas (PAS-3,576), Bukit Pinang (PAS-3,399), Sungai Limau (PAS-3,212), Pengkalan Kundor (PAS-3,122), Alor Mengkudu (PAS-2,247), Kupang (PAS-2,094) dan Bandar Baharu (PAS-1,849).

azlan

Manakala tiga lagi DUN dimenangi Pakatan dengan majoriti bawah 1,500 undi, iaitu Kubang Rotan (PAS-1,387), Bakar Arang (PKR-1,330) dan Kulim (PKR-1,244). Namun, mengambil kira pengundi baru di ketiga-tiga kerusi itu menjadikan peluang Pakatan cerah di tempat itu.

Di pihak BN pula, kedudukannya dilihat terjamin di lapan DUN yang dipertahankan pada 2008 dengan majoriti selesa.

Enam daripadanya ialah Bukit Kayu Hitam (Umno-6,995 undi), Kuah (Umno-3,324), Sungai Tiang (Umno-3,006), Pedu (Umno-2,733), Jitra (Umno-2,258) dan Guar Cempedak (Umno-1,759), kesemuanya dimenangi dengan majoriti lebih 1,500 undi.

Manakala dua lagi kerusi dimenangi BN dengan majoriti melebihi 1,000 undi, iaitu Gurun (MCA-1,554) dan Ayer Hangat (Umno-1,135 undi).

Ini bermakna BN memerlukan 11 kerusi untuk merampas kembali negeri Jelapang Padi itu dengan majoriti mudah.

Dan baki 12 lagi kerusi - enam kerusi Pakatan dan enam kerusi BN - dimenangi kedua-dua parti itu dengan majoriti di bawah 1,000 undi, termasuk majoriti bawah 500 undi.

Enam kerusi Pakatan tersebut - semuanya dirampas dari BN pada 2008 - ialah Kota Darulaman (DAP-804), Ayer Hitam (PAS-506), Pantai Merdeka (PAS-503), Bukit Lada (PAS-208), Jeneri (PAS-167), dan Tanjong Dawai (PAS-79 undi).

Manakala enam kerusi BN, termasuk kerusi Belantik yang dirampas Umno dari PAS dengan majoriti 252 undi, ialah Derga (Gerakan-163), Bakar Bata (Umno-358), Kota Siputeh (Umno-495), Kuala Nerang (Umno-805) dan Bayu (Umno-984).

Sekiranya, Pakatan dan BN berjaya berjaya mempertahankan kerusi-kerusi masing-masing, maka Pakatan akan berjaya mempertahankan Kedah dalam PRU13 nanti.

Ini dikuatkan lagi dengan pertambahan pengundi muda dan pengundi atas pagar yang dikatakan selesa dan cenderung dengan Pakatan, sekal igus memberi peluang kali kedua kepada Pakatan untuk mempertahankan kerajaan negeri.

Masalah pilih calon
Namun begitu, BN masih berkeyakinan untuk melakukan 'kejutan' dalam pilihan raya umum nanti. Umno khususnya, percaya isu-isu yang dibangkitkan di Kedah mungkin memberi impak khususnya di kalangan ahli PAS termasuk pergeseran Azizan-Phahrolrazi.

Malah telah tersebar cakap-cakap bahawa terdapat usaha untuk 'memancung' Yang Dipertua PAS Alor Setar, Dr Ismail Salleh daripada mempertahankan kerusi DUN Alor Mengkudu. Ketua pemuda PAS Kedah Ahmad Yahya disebut-sebut bakal menggantikan tempatnya.

NONEPhahrolrazi dan Dr Ismail (gambar kiri) adalah dua exco kerajaan negeri yang pada mulanya enggan mengangkat sumpah setelah memegang jawatan tersebut pada awal tahun lalu.

Ini dikuatkan lagi dakwaan bahawa beberapa kerusi DUN masih belum dapat diselesaikan ekoran desas-desus wujudnya pertikaian calon pilihan kawasan dan negeri.

Dikatakan pertikaian masih lagi berlaku di kerusi Tokai dan Sungai Tiang dalam kawasan Pendang serta kerusi Jeneri dan Belantek kerana didakwa kawasan tidak bersetuju dengan pilihan PAS negeri.

Para pemerhati politik berpendapat isu yang dibangkitkan itu sedikit sebanyak menjejaskan moral dan semangat jentera dan penyokong di kawasan yang ditandingi calon PAS itu sekalipun dilihat tidak menjejaskan keseluruhan jentera PAS pada pilihan raya umum itu kelak.

Isu dalaman Umno

Isu yang dianggap menjadi duri dalam daging kepada BN - ialah calon mampu menang yang sehingga ini masih menjadi tanda tanya di kalangan penyokong BN, khususnya Umno di Kedah.

Soal pemilihan calon pada 2008 sehingga berlakunya tindakan sabotaj di kalangan ahli terhadap calon BN, menjadi satu pengajaran pahit kepada gabungan itu, sehingga hilang kuasa di Kedah dalam pilihan raya umum lalu.

Talk of Mukhriz Isu siapakah calon menteri besar (MB) sekiranya BN berjaya merampas semula Kedah masih belum berakhir. Pemerhati politik menganggapnya sebagai satu masalah kerana Mukhriz sering dilihat berusaha untuk menepis cakap-cakap yang beliau bakal menjadi calon MB.

NONECakap-cakap mengenai kemungkinan Mukhriz (kanan) menjadi menteri besar kurang disenangi oleh akar umbi termasuk penyokong Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Ahmad Bashah mungkin boleh bersetuju, tetapi tidak semestinya menjadi penyokongnya. Oleh itu, soal penerimaan Mukhriz sebagai calon MB masih tidak jelas dan ini mungkin boleh menjejaskan peluang BN.

Namun, Pakatan juga tidak boleh memandang sepi dan mengabaikan tekad BN yang memerlukan sekurang-kurangnya 1,500 undi bagi lima kerusi yang dimenangi Pakatan pada 2008 di samping mempertahankan 14 kerusi yang sedia ada.

Tiada ulasan: