Isnin, 15 April 2013

Bekas presiden, naib presiden MCA tak dicalonkan?

 
MALAYSIA KINI


 
MCA mungkin tidak menurunkan dua personaliti penting partinya - bekas presiden Ong Tee Keat dan Naib Presiden Gan Ping Sieu - dalam pilihan raya umum 5 Mei ini.

Naib Presiden Dr Ng Yen Yen juga mengesahkan beliau turut tidak diturunkan.

Keputusan menggugurkan Ong dan Gan ini dimaklumkan oleh pegawai di ibu pejabatnya hari ini kepada akhbar Cina yang sedang menyediakan edisi petang akhbar masing-masing.

Senarai rasmi juga akan dihantar oleh pihak itu. MCA dimaklumkan tentang pilihan Presiden BN Datuk Seri Najib Razak itu pagi ini.

Dalam perkembangan lain, Presiden MCA Dr Chua Soi Lek mengesahkan parti itu akan bertanding di 37 kerusi Parlimen dan 90 kerusi negeri.

Ini bermaksud MCA kini kurang tiga kerusi berbanding 2008. Tiga kerusi itu adalah Gelang Patah, Kuantan dan Wangsu Maju.

Tiada ulasan: