Sabtu, 6 April 2013

Bicara Minda: Hadi Awang kupas 'Negara Berkebajikan' Isnin ini

Wartawan Sinar Harian

bicara minda hadi awang
.
SHAH ALAM - Di sebalik demam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang sudah pun tiba di kemuncak, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan muncul pada program Bicara Minda & Sesi Dialog pada Isnin ini.

Beliau merupakan pemimpin pertama akan muncul pada sesi ini selepas Dewan Rakyat dibubarkan semalam.

Selepas kemunculan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalannya, Tun Musa Hitam, Hadi akan berkongsi perjalanan politik beliau dan Pas.

"Datuk Seri Hadi akan menyentuh tajuk Kerajaan Berkebajikan: Persepsi dan Realiti," kata Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abdul Jalil Ali.

Program kali ini akan berlangsung mulai jam 2.30 petang hingga 5 petang di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf.

Bagi mereka yang berminat untuk mengikuti program ini, yang dianjurkan bersama oleh Sinar Harian, mobTV dan Sinar Harian Online, boleh menghubungi Laila (019-3310211), Ida Aziz (019-6222874), Rini (019-3371066.

Tiada ulasan: