Rabu, 3 April 2013

Bonus Kakitangan Petronas 2013 RM1000 (One-Off)! Turun Harga Minyak & Royalti Minyak 20% Akan Rosak Ekonomi Malaysia?

Staff Berita Semasa 
 
bonus kakitangan petronas

Bonus kakitangan Petronas RM1000 : Mungkin ini antara sebabnya, Datuk Seri Najib Razak lambat umum bubar parlimen (KLIK SINI), apabila Datuk Najib mahu pusing ke semua GLC untuk mengumuman kakitangan GLC masing-masing menjelang Pilihanraya Umum ke 13.

Jikalau sebelum ini kakitangan TM dapat RM500, Pos Malaysia dapat RM500 dan tidak lupa juga kakitangan PNB menikmati saguhati sebulan gaji. Terbaru…..

Terbaru Datuk Najinb mengumumkan pemberian bonus kakitangan Petronas sebanyak RM1,000

Senarai Terkini Pemberian Bonus “One Off” Bagi Kakitangan GLC

  • Bonus Kakitangan TM : RM500 (SUMBER)
  • Bonus Pos Malaysia : RM500
  • Bonus kakitangan PNB : Sebulan Gaji
  • Bonus kakitangan Petronas : RM1,000
Ya….duit daripada poket Petronas dan Datuk Najib tampil ke hadapan untuk mengumumkannya. Selepas menikmati bonus “one off” RM1000, habuan kakitangan Petronas tidak akan seperti di sini. Seperti biasa, mereka selepas ini hanya menunggu masa dan ketika untuk menikmati bayaran bonus Petronas yang lumayan sekurang-kurangnya 5 bulan dan ke atas bonus kakitangan Petronas untuk tahun 2013 seperti yang diterima mereka tahun lepas (DI SINI)

bonus petronas
Sumber : Utusan Malaysia

Sempat juga Datuk Najib mengulas tindakan Pakatan Rakyat yang mahu menggagihkan royalti minyak kepada Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak daripada 5% yang dinikmati 3 negeri sekarang kepada 20%. Termasuk juga pelan Pakatan Rakyat untuk turun harga minyak RM0.40 sen (KLIK SINI UNTUK MEMBACANYA) selepas 24 jam keputusan Pilihanraya Umum ke 13 diumumkan.

Apa jawapan Datuk Najib? Tidak boleh, tidak ideal utnuk dilaksanakan kerana bakal menyebabkan beban kepada Petronas dan bakal memberikan bencana kepada ekonomi Malaysia. Itu jawapan Datuk Najib, apa pula respon balas anda dan jikalau ada kakitangan Petronas di sini yang boleh membantu mengulasnya?

Tiada ulasan: