Isnin, 22 April 2013

Calon bebas Bandar Tun Razak ditaja pemimpin Umno?

 
Mereka ditaja oleh orang yang kecewa, inilah sikap baling batu sembunyi tangan, kata ahli biro penerangan Umno Bandar Tun Razak, Hamzah Wahab.



PETALING JAYA: Dua ahli Umno yang bertanding kerusi parlimen Bandar Tun Razak mungkin ditaja kumpulan pemimpin tertentu dalam Umno  yang tidak berpuas hati dengan pemilihan calon MCA, Tan Kok Eng.

“Kedua-dua mereka ditaja oleh orang yang kecewa, inilah sikap baling batu sembunyi tangan,” kata ahli biro penerangan Umno Bandar Tun Razak, Hamzah Wahab.

Dua calon bebas itu ialah Setiausaha Kerja Umno Bandar Tun Razak, Mohamad Sukeri Abdul Samat dan ahli cawangan Sungai Besi, Mokhtar Salahudin.

Keadaan ini menyebabkan Bandar Tun Razak menyaksikan pertandingan empat penjuru antara penyandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari PKR, Mohamad Sukeri, Mokhtar dan

Kata Hamzah, kehadiran dua calon bebas itu menjadikan pengundi Bandar Tun Razak mejadi serba salah.

Bagaimanapun, tambahnya, kehadiran calon bebas itu boleh menguntungkan calon BN kerana menyebabkan undi orang Melayu berpecah.

Ada peluang menang

“Orang Melayu tidak mahu kepada Khalid kerana tidak buat kerja, jadi mereka undi dua calon bebas itu.

“Manakala orang Cina pula merasakan tiga calon Melayu mahu membuli Tan menyebabkan mereka mengundi calon MCA itu,” kata Hamzah.

Bagaimanapun, calon bebas itu terutama Mohamad Sukeri tetap mempunyai peluang untuk menang kerana dikenali ramai di kalangan orang Umno.

Menurut Hamzah, Pemuda Umno Bandar Tun Razak boleh dikategorikan sebagai pengundi senyap yang sukar diramal pendirian mereka.

Sumber memberitahu, ramai ahli Pemuda yang menyokong Mohamad Sukeri kerana beliau merupakan ahli Pemuda bahagian dan usianya yang tidak mencapai 40 tahun.

Tiada ulasan: