Ahad, 21 April 2013

Calon Bebas pentingkan diri

Keadaan itu berlaku bagi kedua-dua parti memerintah dan pembangkang. 

 
Oleh Cik Rashidah Abd Ghani

KUALA LUMPUR: Penentangan dan sikap mementingkan diri terserlah melalui tindakan beberapa kader parti yang bertanding sebagai calon bebas di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Keadaan itu berlaku bagi kedua-dua parti memerintah dan pembangkang.

Bagi parti-parti politik, proses penamaan calon memberi peluang kepada mereka untuk mengetahui sikap sebenar para anggota parti yang meletakkan kepentingan diri mengatasi kepentingan parti dalam perjuangan membela nasib dan masa depan rakyat.

Rakan sekutu dalam pakatan pembangkang dilihat tidak mencapai kata sepakat apabila PAS dan PKR meletakkan calon masing-masing dan ia dapat disaksikan bagi kerusi Parlimen Labuan apabila PAS meletakkan Hadnan Mohamad dan PKR mencalonkanTan Sri Ibrahim Menudin menentang calon BN, Rozman Isli.

Senario sama juga berlaku di kerusi Parlimen Sungai Acheh, Pulau Pinang yangmenyaksikan Badrul Hisham Shaharin (PKR) dan Mohd Yusni Mat Piah (PAS) menentangDatuk Mahmud Zakaria (BN) dan keadaan yang sama juga berlaku di kerusi DewanUndangan Negeri (DUN) Panti, Johor apabila calon PAS, Azlisham Azahar dan MohdAnnuar Mohd Salleh dari PKR diturunkan bagi menentang calon BN, Datuk BaderiDasuki.

Keadaan itu juga berlaku di Terengganu yang menyaksikan PAS meletakkancalonnya Zakaria Dagang dan Ahmad Nazri Mohd Yusof dari PKR bertanding menentangcalon BN Datuk Ahmad Razif Abd Rahman di kerusi DUN Seberang Takir manakala bagi

DUN Kota Putera, PAS meletakkan calonnya Adam Mat Said dan PKR pula diwakili
Mohamed Abdul Ghani Ibrahim menentang Mohd Mahdi Musa (BN).

Di kerusi DUN Bukit Besi, PAS meletakkan calonnya Roslan Ismail manakala Mohd Shamsul Mat Amin dari PKR bertanding menentang calon BN Roslee Daud dikerusi DUN Bukit Besi.

Penolong Setiausaha Agung PAS Ahmad Sabki Yusof dipetik dalam satu laman sesawang sebagai berkata, Jawatankuasa Harian Pusat parti itu akan mengadakan mesyuarat khas Isnin ini untuk membuat keputusan berhubung pertindihan calonnya dengan PKR.

Barisan Nasional (BN) juga tidak terlepas menerima kejutan berikutan tindakan Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim bertanding atas tiket Bebas di Parlimen Kuala Kangsar (Perak) menentang Datuk Wan Khai-ril Anuar Wan Ahmad (BN) dan Khalil Idham Lim Abdullah (PAS).

Ini menunjukkan akibat sikap mementingkan diri, Kamalia mengetepikan kepentingan parti dengan menolak tawaran bertanding kerusi DUN Bukit Chandan dan bertanding sebagai calon Bebas.

Dipecat secara otomatik 

Kamilia secara automatik dipecat daripada Umno kerana tindakannya jelasbertentangan dengan Perlembagaan dan peraturan Umno serta tidak selari dengansemangat perjuangan parti.

Sikap yang sama juga menyebabkan bekas Timbalan Menteri Pertanian danIndustri Asas Tani Datuk Seri Mohd Shariff Omar bertanding sebagai calon Bebasbagi kerusi Parlimen Tasek Gelugor dan kerusi DUN Sungai Dua, Pulau Pinang.

Keadaan yang sama juga berlaku di Kelantan apabila calon BN bagi kerusiParlimen Pasir Mas, Che Johan Che Pa, tidak menyerahkan kertas pencalonannya.

Parti Gerakan juga memecat anggotanya kerana bertanding sebagai calon Bebasatau atas tiket parti lain.
Lima anggota Gerakan yang bertanding ialah Datuk Dr G. Krishnan bagi kerusiDUN Kuala Ketil di bawah Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air(KITA); A.

Mohan pula bertanding di kerusi Parlimen Batu Kawan dan DUN Bukit Tengah sebagaicalon Bebas manakala Chin Kok Keong pula bertanding di DUN Teratai, Selangor,Ooi Beng Kooi (DUN Sidam-Kedah) dan Ooi Suan Hoe di DUN Machang Bubuk, PulauPinang.

Ketika mengulas perkembangan itu, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razakberkata tindakan memecat pemimpin dan anggota parti komponen BN yang mengambiltindakan sedemikian adalah bagi menjaga disiplin agar mereka memberi keutamaankepada parti daripada kepentingan peribadi.

“Salah satu ketetapan, sesiapa (pemimpin dan anggota BN) yang bertandingatas tiket Bebas, tidak boleh kekal sebagai ahli parti,” katanya.

Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mencatat sejarah dengan 79 calon bertandingatas tiket Bebas bagi kerusi Parlimen dan 191 calon bagi kerusi DUN.- Bernama

Tiada ulasan: