Ahad, 21 April 2013

Calon BN, DAP bertembung di Pasar Awam Juru

THE MALAYSIAN INSIDER

BATU KAWAN— Para peniaga dan pengunjung di Pasar Awam Perkampungan Juru di sini menjadi teruja apabila melihat para calon Barisan Nasional (BN) dan DAP berkunjung ke pasar itu hari ini.

Mereka terdiri daripada Pengerusi BN Negeri Teng Chang Yeow yang akan bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tengah dan     calon bagi kerusi Parlimen Batu Kawan, N. Gobalakrishnan.

Bagi pihak pembangkang, mereka terdiri daripada calon kawasan Parlimen Batu Kawan, P. Kasthuriraani, DUN Bukit Tengah, Ooi Chin Wen dan calon DUN Perai, P. Ramasamy.

Kehadiran mereka sebagai sebahagian program kempen dan suai kenal dengan pengundi diterima mesra para peniaga dan pembeli.

“Lawatan pagi ini lebih untuk berkenalan dengan penduduk setempat. Setakat ini mereka tidak menyuarakan apa-apa permintaan. Saya gembira kerana lawatan ini mendapat sambutan baik penduduk,” kata Teng kepada pemberita yang turut mengikuti lawatan itu.

Gobalakrishnan pula berkata selepas ini beliau akan mengadakan gotong royong dengan penduduk Taman Inderawasih.

Seorang peniaga P.Daviny, 38, gembira kerana gerainya dilawati bakal-bakal calon kedua-dua parti.
“Saya gembira mereka datang, boleh kenal-kenal,” katanya. – Bernama

Tiada ulasan: