Selasa, 23 April 2013

Calon Pakatan dapat sambutan luar biasa, Johor bakal berubah

Oleh Sidiqin Omar

JOHOR : Pengerusi KEADILAN Johor, Datuk Chua Jui Meng yakin Johor tidak lagi boleh dianggap kubu kuat BN berdasarkan kehadiran dan sokongan rakyat negeri pada hari penamaan calon.

“Ribuan yang hadir mengiringi calon Pakatan Rakyat ke pusat penamaan di seluruh negeri. Saya yakin keputusan 5 Mei depan sangat baik. Mereka datang dengan semangat dan hati mereka untuk berubah.

CJM

“Kalau kita tengok jentera BN, mereka terpaksa upah dan bawa penyokong menggunakan bas. Penyokong kita datang secara sukarela. Di mana-mana, ramai yang beritahu akan bantu kempen kita,” katanya kepada Keadilan Daily.

Jui Meng berkata, maklum balas positif diterima di seluruh 12 kawasan parlimen ditandingi KEADILAN Johor, termasuk di kawasan tradisional Melayu dan tanah rancangan Felda.

“Semua orang nak ubah. Mereka dah buat keputusan selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008. Keadaan tak sama macam dulu,” kata Jui Meng optimis.

Pesan beliau, jentera KEADILAN dan Pakatan Rakyat perlu menggandakan kempen penerangan terutamanya di kawasan luar bandar sepanjang dua minggu berkempen.

Beliau memetik analisis akhbar mandarin, Sin Chew Jit Poh bahawa sokongan kepada Pakatan Rakyat di negeri ini kini berada pada tahap 45 peratus.

“Sokongan orang Melayu dan India juga meningkat. Tapi kita kena teruskan kerja dengan lebih kuat lagi,” kata calon Segamat yang akan menentang bekas Menteri Sumber Manusia, S Subramaniam.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pilihan Raya KEADILAN Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, calon-calon KEADILAN perlu lebih kerap turun padang bertemu pengundi dan memaklumkan program mereka menggunakan media sosial seperti facebook dan twitter.

“Selepas penamaan calon, program turun padang kita disambut meriah dan pengundi positif dengan KEADILAN. Manfaatkan peranan media sosial termasuk facebook dan twitter untuk berinteraksi dengan rakyat.

“Namun program bertemu pengundi secara langsung adalah penting selain kerjasama dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat,” kata Khuzzan yang juga calon KEADILAN P149 Parlimen Seri Gading menentang penyandang, Datuk Seri Mohamad Aziz.

Tiada ulasan: