Rabu, 10 April 2013

DAP Pahang yakin sumbang satu kerusi Parlimen, dua kerusi DUN

Oleh Mohd Farhan Darwis

KUALA LUMPUR— DAP Pahang hari ini menyatakan sokongan kepada kepimpinan DAP Pusat dalam mencalonkan Datuk Mohd Ariff Sabri Adul Aziz di kerusi Parlimen Raub dan yakin akan berjaya menyumbang kerusi untuk memastikan Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrajaya.

Dalam satu kenyataan bersama Timbalan Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji serta Setiausaha DAP Pahang, Choong Siew Onn hari ini berkata, meskipun berlaku perbezaan pendapat dalam pertukaran penyandang sebelum ini Tengku Zulpuri Shah Raja Puji ke kerusi DUN Mentakab, ianya telah diperjelas kepada jentera parti.

"Kebanyakan rintihan dan suara pandangan berlainan ke atas penukaran Tengku Zulpuri Shah Raja ke calon DUN Mentakab telah dijelas oleh pihak Pusat dan AJK DAP Negeri Pahang.

"Maka cawangan dan bilik gerakan di kedua-dua tempat telah faham atas strategi pusat seterusnya turun padang dan menggerakkan tenaga akar umbi sepenuh tenaga, mereka yakin akan menang kedua-dua kawasannya," kata mereka dalam kenyataan tersebut.

Tengku Puji dalam kenyataanya juga bersetuju dan faham tindakan pusat ke atas dicalonkan DUN Mentakab.

"Saya telah didengar dan mengkaji mendalam kesemua aspek untuk memenangkan kedua dua kawasannya, maka tindakan urus penukaran kawasan telah dijalankan selepas 4 April 2013," katanya.

Jelasnya lagi, pihaknya bersama dengan Ahli Jawatankuasa DAP dan bilik gerakan juga bersetuju, malah menyokong tindakan berkenaan.

"Saya dan AJK Raub rasa gembira dan terima kasih kerana dapat semua AJK dan Bilik Gerakan setuju dan sokong kepada kami atas tindakan ini, kemudian kami bergerak di DUN Mentakab dan Parlimen Raub, masing masing mendapat sambutan yang baik."

"Kami dan AJK Pahang akan berjaya dengan sokongan DAP Pusat , kita akan dapat menyumbangkan  DUN Tras , DUN Mentakab ke Wisma Sri Pahang sebagai Wakil Kerajaan dan satu Parlimen Raub Menuju ke Putrajaya," tambahnya.

Tiada ulasan: