Isnin, 1 April 2013

Hsio Leong tanding Parlimen Alor Setar, Dr Azman di Kuala Kedah

Nazar Hashim

KEDAH : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi mengumumkan calon KEADILAN yang bakal bertanding bagi kerusi Parlimen Alor Setar dan Kuala Kedah pada PRU 13.

SONY DSC

Gooi Hsio Leong yang juga seorang peguam muda diumum sebagai calon Parlimen Alor Setar di Dewan Taman Berjaya, Kuala Kedah ketika Anwar menghadiri satu program bersama lebih 3,000 masyarakat keturunan Tionghua.

Hsio Leong pada PRU 12 tewas kepada Datuk Seri Chor Chee Heung dari BN dengan majoriti hanya 184 undi dan dijangka mampu merebut kerusi berkenaan berdasarkan senario semasa.

Di lokasi berasingan, Anwar membuat pengumuman rasmi bahawa Ketua Cabang KEADILAN Kuala Kedah, Dr Azman Ismail bertanding Parlimen Kuala Kedah.

Dr Azman mengganti Datuk Ahmad Kassim yang menang dengan majoriti selesa iaitu 7,018 undi ketika mengalahkan Datuk Hashim Jahaya dari BN pada PRU 12, diuar-uar bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.(FZL)

Tiada ulasan: