Jumaat, 12 April 2013

Jen (B) Abdul Hadi tanding di Perak, Ghafir pula jelajah kempen

Oleh Aisha Geoffrey

KUCHING : Bekas Panglima Logistik di Markas Logistik Udara, Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab diisytihar sebagai calon KEADILAN yang akan bertanding di Perak.

Ini diberitahu Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ceramah Jelajah Pakatan Harapan Rakyat di Petrajaya, Kuching, malam tadi.

Pengumuman mengenai kawasan untuk Hadi bertanding akan dibuat Anwar pada ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Manjoi, Perak Isnin ini.

Ceramah malam tadi antara sebahagian jelajah Ghafir berkempen PRU 13 untuk Pakatan.
Ceramah malam tadi antara sebahagian jelajah Ghafir berkempen PRU 13 untuk 
Pakatan.

Beliau juga memaklumkan hasrat bekas Timbalan Angkatan Tentera Darat, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid yang tidak mahu bertanding tetapi berkempen untuk Pakatan Rakyat.

“Saya akan umumkan Jeneral Datuk Abdul Hadi untuk bertanding di Perak.

“(Sementara) Jeneral Datuk Ghafir beritahu beliau tak mahu bertanding, tetapi mahu membantu kempen Pakatan dan bergerak ke seluruh negara,” kata Anwar mengesahkan perkara itu. – NS

Tiada ulasan: