Jumaat, 12 April 2013

Jika berlaku pertandingan 3 penjuru di Pekan


Oleh Mohd Bukhairy Sofian- Calon Mahasiswa P085 Pekan

KAMI tampil bagi mengulang pendirian mahasiswa terlibat secara langsung dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13)pada kali ini. Pendirian kami terlibat dalam pilihan raya kerana melihat kegagalan universiti dalam menyuburkan nilai aktivisme dan sikap peduli mahasiswa terhadap masa depan dan hala tuju politik negara.

Hal ini kami rumuskan kerana hasil daripada penjajahan Auku sejak tahun 1974 hinggalah ke hari ini. yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir dahulu bagi menyekat pergerakan mahasiswa.

Perjuangan mahasiswa untuk memansuhkan Auku konsisten sehingga hari ini.

Bagi kami, selagi Auku ini masih dipelihara, ianya melahirkan generasi yang "buta politik".

Pindaan Auku terbaru sama sekali tidak menggoyah pendirian mahasiswa, iaitu supaya dimansuh dan bukan dipinda.

Pindaan Auku 2012 hanyalah sekadar untuk menjaga survival politik Umno-BN dalam pilihan raya terpenting kali ini.

Mahasiswa menganggap kecelaruan ini dikepalai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pertembungan ini telah berlaku sejak pilihan raya kampus yang lalu, apabila terbongkarnya konspirasi "Ops 2020 yang di ketuai oleh beliau.

Konspirasi itu bertujuan menawan 20 kampus supaya meyokong aspirasi proksi Umno di kampus. Ternyata hasrat Umno gagal di kampus -kampus utama yang celik politik, seperti di UM, UKM, UIA dan USIM.

Justeru, mahasiswa mengambil pendirian untuk bertembung dengan Dato Seri Najib Tun Razak dengan membawa agenda pembebasan universiti dan mengembalikan autonomi mahasiswa di kampus.

Bagi kami, dengan menghormati pendiran pakatan dalam memansuh Auku perlu dinilai secara serius.

Kami membawa agenda polisi pengajian tinggi baharu secara khusus berbanding pendirian Pakatan Rakyat yang dilihat masih mempunyai kelompangan.

Ya parti politik membawa hasrat rakyat, namun mahasiswa membawa gagasan universiti yang lebih jelas.

Oleh itu, mahasiswa tetap menghormati pendirian Pakatan Rakyat apabila tetap menghantar calon di Parlimen Pekan.

Namun kami mempertimbangkan agenda mahasiswa yang lebih khusus yang perlu dibawa dalam agenda reformasi halatuju pengajian tinggi negara.

Sekiranya berlaku tiga penjuru mahasiswa merasakan, itu suatu perkara baru yang perlu dinilai dalam banyak sudut dalam kematangan demokrasi.

Tiada ulasan: