Khamis, 25 April 2013

Kajian UM menunjukkan pengundi cenderung ke manifesto Pakatan

Oleh Md Izwan

KUALA LUMPUR — Hasil kajian terkini yang dilakukan oleh Universiti Malaya (UM) mendapati pengundi lebih cenderung kepada manifesto Pakatan Rakyat (PR) menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang paling sengit dalam sejarah negara 5 Mei depan.

Kajian tersebut melibatkan 1,407 responden terdiri daripada Melayu, Cina dan India, dimana ianya tertumpu di seluruh semenanjung Malaysia yang dilakukan semasa tempoh pembubaran Dewan Rakyat dari 3 April hingga hari penamaan calon pada 20 April baru-baru ini.

Daripada kajian tersebut, sebanyak 42 peratus responden berkata manifesto PR lebih memenuhi harapan rakyat berbanding Barisan Nasional (BN) 36 peratus dan 22 peratus lagi masih tidak pasti.
"Orang ramai lebih menerima manifesto Pakatan berbanding BN.

"Ia menunjukkan penerimaan umum yang jelas daripada kajian terkini yang kami lakukan ini," kata pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM, Prof Datuk Mohammad Redzuan Othman dalam sidang media di sini hari ini.

Tiada ulasan: